Cari Blog Ini

Jumaat, 13 Julai 2012

Persediaan diri tinggal tiga hari lagi

Harap-harap plan dari awal tahun sekian lama termakbul juga.
Harap-harap pada tarikh tersebut aku masih sempat bernafas untuk terbang melihat bumi Allah. Ecehh... macam jauh je nak terbang. Huhu.

Insyaallah.

Last year aku berkesempatan bercuti di Bali. Tapi... macam agak susah nak bersolat. Ok, to be frank tak berapa nak ambil tahu. Betapa tak bersedia dan kurangnya ilmu aku pada masa tu. Tak tahu kiblat di mana, azan pun tak kedengaran, nak solat jam berapa, semua tak tahu. 

Berbekal sedikit info yang aku google, aku merasakan website ini terbaik buat setakat ini untuk kita jadikan panduan waktu sembahyang, arah kiblat dan lain-lain. Aku nak share dengan semua. Ke... aku yang baru tau ni??

Ada darjah kiblat untuk setiap negara. Ada macam-macam informasi dalam laman web tu. Tapi sahih tak sahih wallahualam. Walaubagaiamanpun aku jadikan web ni sebagai guideline untuk bersolat di luar negara nanti..


Dah siap gugel waktu solat di sana. Kalau ikut kiraan jam beza sana dan sini dalam satu jam. Kita dah pukul 10malam mereka baru pukul 9malam. :) Kena study solat jamak qasar pula nanti.

Ada lagi satu nak share.


Tahu apa ini? Pinky.

Ini ialah sarung underwater untuk compact camera aku nanti. Beli kat Lelong website. Bila beli barang murah don't expect kualiti dia sebagus harga yang beribu kan? Cuba jaya je ni, kalau masuk air jugak time snorkeling nanti bye bye la Samsung SH100 aku tu.

3 hari lagi. Aku harap segalanya mengikut apa yang di plan. Insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...