Pernah tengok cerita ini? Cerita lama zaman aku ambil PMR dulu. Zaman hingusan main kayuh basikal dan panjat pokok.
Just now I'm watching that movie again. Sweet. Nice. Rasa nak jadi Meg Ryan tetiba. Rambut dia dalam cerita ini juga cantik, nak potong begini tapi rambut curly tak sesuai kot kan? Tambahan, suami tak izin... ececeh... suami mana la pula?
Ni kisah Maggie dan Sam nak rebut balik hati bekas pasangan memasing which is masa ending ke dua-dua mereka pula yang jatuh cinta. Sweet la sangat.
Meg Ryan pegang kamera macam aku kan? Maka aku feeling jadi main actress. Hahaha. |
Jom eksplorasi filem versi aku.
Versi orang tengah angin. Tiada kewarasan berfikir di kala ini.
Epilog. Aku sedang marah membara pada seseorang hamba Allah ni. I feel like he using me all this while. Sebab dia tinggalkan aku dan memberi alasan tak mahu kawin dengan aku. I want to take a revenge on him. Tak mahu dia mati, cuma sedikit penyeksaan. Seksa emosi. Biar derita yang dia rasa sampai dia menangis merayu pada aku.
Dalam urusan aku nak membalas dendam untuk mengsengsarakan makhluk perosak itu (kita namakan F), aku berjumpa si A yang tetiba mahu untuk membantu dalam projek mengenakan makhluk perosak ini. Ikut cerita asal A ni tiada kena mengena dengan sesiapa pun, mungkin simpati terhadap aku jadi dia nak tolong atur strategi.
Mula-mula aku nak rosakkan kerjaya si F. Biar hilang rasa hormat bos-bos dan anak buah dia pada dia. Sambil-sambil tu aku usik-suik kereta dia, pancit kan tayar, scratch pintu kereta, pecahkan lampu signal dan macam-macam lagi. Week by week, tak leh buat semua serentak. Nanti kantoi. Biar jahanam kereta yang dia bayar RM1500 sebulan tu.
Pastu aku huru harakan keluarga dia. Biar bini dia meroyan. Biar anak-anak dia pening. Owh... Encik F ni dah berkeluarga. Lupa nak bagitahu. Bini dia gaji besar. Gred 48 kot. Itu pun aku akan kacau. Aku suruhlah siapa-siapa ngorat walaupun dah tua menapous. Semuanya aku serahkan pada A punya planning. Aku akan buat semua jadi huru hara, kalau sampai cerai berai lagi bagus. *jahat gila aku* Aku benci orang yang riak takbur mendabik dada macam ni. Semua orang bawahan dia, dia fikir pencacai tak berduit.
Bila semua planning kehancuran tercapai, aku akan pergi pada Encik F dan peluk dia. "Saya sayang awak lagi la bodoh... tapi kita tak sehaluan..." Dan kemudian aku berlari-lari anak sambil menekup muka. Aku tahu masa itu aku akan ter-menangis. (aku akan selit drama melayu yang suka menangis sedu sedan tu).
Mission accomplished. Say bye-bye to A. Kerja si A dah siap. So bila balik rumah dan resting, aku teringat pada si A. Si A yang banyak membantu dalam misi-misi khas. Sebab terlalu lama attached together, plan dan gelak jahat bersama akhirnya aku rasa ada keserasian dengan Si A...(plan jahat nak rosakkan keluarga orang ni ambil masa 2tahun kot). Tak kisahlah, janji dendam dan sakit hati aku terubat.
Akhirnya aku dan A tak sedar kami in love...
-END-
Filem yang paling bangang aku rasa.
Ye lah tu, macam berjaya saja plan aku itu. Encik F yang aku kenal seorang bersedia. Mana mungkin dia nak kena tapau dengan budak hingusan macam kami. Dia ada segalanya. Dia ada pengaruh besar - baik gangster dan sebagainya. Dia pun master dalam martial art. Kau fikir aku boleh usik Encik F dan keluarga? He is very protective to his right.
Tak apalah. Biarlah Encik F nak hina aku sekali pun, A suruh aku banyak-banyak berdoa supaya Encik F sedar kesilapan dia. Kesilapan dia dari awal lah penyebab aku jadi begini dan ending sebegini. Tapi ini bukan masa yang sesuai untuk salahkan siapa-siapa.
Dua-dua silap sebenarnya. Dan dendam merugikan masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...