Cari Blog Ini

Jumaat, 12 Oktober 2012

Selepas kawin, lelaki akan bertukar menjadi jantan puaka yang laparkan SEKS. Fakta.

Tadi terbaca blog Jumie, blog yang sentiasa memaparkan kehidupan sebenar, kisah suka duka perempuan. Kenal Jumie? Blogger terkenal kat Penang sana tu. Dia buat sedikit komen mengenai entry blog Ahkak Geli.

Meh sini aku quote sedikit pasal entry dalam blog beliau (blog original dari Ahkak Geli). Ini ialah keluhan sang suami yang sangap seks. Rupanya pada dia tujuan hidup berumahtangga hanyalah seks, seks, dan seks.
  • Your face are beautiful,fashionable,voluptious body and sexy even dalam T-shirt! (memuja harta orang, puii!)
  • Sejak melahirkan anak kami,dia berbadan agak gempal..perut memboyot.Tetapi apa kan daya,dia isteri saya kan.Cuma,saya sudah tidak berselera dengan dia..Setiap kali bersama,saya terbayangkan wanita lain.Sebab,kalau saya bersama denganya,saya rasa macam...lawak,mahu ketawa!Position agak susah sebab badan dia yang gempal,perut dia bergoyang-goyang,banyak sangat selulit,rupa dia macam kelakar..Tidak menaikkan nafsu saya langsung..Hanya sekadar untuk saya sebagai lelaki melepaskan nafsu..Apatah lagi bahagian bawah dia longgar ..
  • Kalau saya tiada anak, pasti saya sudah menceraikannya.. Kadang-kadang malu nak memperkenalkan dia sebagai isteri saya pada kawan-kawan.Apakan daya...Apa yang membuatkan saya lihat pada isteri saya, dia terlalu mengongkong saya, pemarah, tidak pandai bergaya, tidak expert bab-bab memuaskan nafsu saya sebagai suami dan tidak cantik.
  • Kadang-kadang juga saya terpaksa menipu isteri saya, meeting tetapi dating.. Saya tahu saya berdosa tetapi..dia tidak menjaga nafsu saya..
What the heck? Apa perasaan isteri dia kalau isteri dia baca ni?? Aku memang nak carut la lelaki sebegini. Tapi inilah fakta. Hakikat duniawi akhir zaman. Adakah semua suami berperangai palat begini? 75% yang aku jumpa memang confirm palat. Terbiasa hidup penuh alasan. Tapi ada juga aku tengok pakcik, abang, sepupu yang dah jadi laki orang yang baik-baik belaka. (ayat cover line takut dicemuh)

Semua tak bagus pasal isteri, padahal sebelum kahwin dulu kau terkocoh-kocoh tak sabar nak berbinikan dia. Tak nampak dah perempuan lain. Dia seorang paling jelita. Bila dia tak pandai nak ikut kehendak imiginasi seks kau lepas beberapa tahun kahwin, mulalah kau menyondol pada perempuan lain. Dasar babi.
**keluhan wanita yang tak berpeluang menimba pengalaman menjadi isteri

Perempuan yang selalu jadi mangsa, ialah perempuan-perempuan yang lewat usia atau desperate nak kawin. Kesiankan? Kami-kami yang tak berjodoh ni lah jadi mainan mereka.

Tapi diskus-diskus semula dengan kawan-kawan laki aku, kita tak boleh blame mereka yang lelaki ini 100%. Memang fitrah kejadian mereka tertarik dan bernafsu pada sesuatu yang cantik.

Kakak-kakak,
Dulu masa deting, boleh je sembur perfume habis setengah botol. Lipstik merah menyala 30 batu dah nampak dari jauh. Baju warna warni. Fesyen tudung lilit macam-macam. Kasut macam-macam ketinggian.

Tapi lepas kawin, kenapa kakak asyik ulang-ulang tshirt dan kain batik yang sama? Uniform yeh? Kenapa bila laki balik kerja kakak tak sambut dia depan pintu? Kakak biarkan laki akak maid yang sambut. Kenapa bila laki minta manja kakak refuse sebab malu kat anak-anak kalau tertengok?? Kalau suami ajak try buat aksi lain dari yang lain, cuba jaya lah kak, janganlah konservatif sangat asyik jadi bottom bak batang pisang. Boring kak!!

Jangan marahlah kak kalau akak berkongsi laki dengan para gadis yang tak sah taraf isteri (perempuan simpanan). Senyap-senyap akak didua, tiga dan empatkan laki akak. Bestkah begitu??

TAPI...

Sebenarnya apa yang aku nak cuba sampaikan... sang lelaki, baik boyfriend ataupun suami tak pernah kenal erti CUKUP. Tak kan tahu bersyukur sehingga kehilangan kita. Dan mereka akan sentiasa forever TAMAK.

Memang hukumnya wajib si isteri harus taat dan setia pada suami. DIULANGI... isteri. Bukan girlfriend. Tak ada dalil yang mengatakan girlfriend atau kekasih gelap wajib taat dan patuh pada perintah boyfriend. Tapi bukan bermakna bila dah kawin tu akak kena jadi lemah dan serah bulat-bulat masa depan pada suami. Bak kata Jumie, simpan sedikit untuk diri sendiri.

Dan memetik kata-kata dari blog ini, beliau berkata

"Hati hati wanita. Kahwini lah lelaki. Bukan jantan. Dan lepas kahwin, jaga kesihatan diri, jaga dalaman luaran dan penampilan. Supaya orang lelaki tak makan luar dengan alasan takde berselera nak makan kat rumah"
Kesimpulannya penampilan is number 1. Agak-agak badan akak dah macam kerbau pendek, cepat-cepatlah cari solution (ingatan untuk diri sendiri juga). Member saya ada jual SD2 Alpha Lipid tu. Dijamin kurus dengan cepat kak. Janji jangan makan benda ber-karbo. Ehh... buat promosi pulak.

Hati mau terbuka, kalau suami komplen tentang diri kita, buka mata, buka hati jangan nak cepat menjejeh airmata. Jangan cepat nak menyalak. Itu makna suami kasi chance nak suruh akak lawa. Yang suami pula, dah nak tengok bini sendiri lawa, kau fikir dengan air liur bini kau boleh beli Audrey atau Wacoal? Maintanence bangunan pun kena bayar tiap-tiap bulan tau?

Kakak, kalau abang nak bergesel depan anak-anak tak ada salahnya pun. Itu kemesraan dan keharmonian rumahtangga. Kemesraan bukan semata-mata di bilik tidur sahaja. Dekat dalam lift atau escalator pun boleh lite-lite kissing kan?? Memang lah kita ni orang ada adab, tahu malu. Bukannya aku suruh buat aksi merbahaya depan public, takat pegang tangan berjalan dalam shopping complex pun okey what??

Aku menyampah tengok married couple bila nak hantar anak pergi tuisyen pun nak minta suami hantar. Sikit-sikit telefon. Tak boleh tukar chanel kat Astro pun telefon laki. Waklu!!! Tak boleh berdikari ke hape? Wahai isteri jangan jadi lemah sangat. Bergantung pada suami 100% adalah tak rock. Kemon. Tapi itu adalah sudut pandangan aku yang masih belum berkahwin. Mungkin esok nanti aku kawin aku terus jadi macam cacat otak sampai nak pam minyak masuk dalam tangki kereta sendiri pun laki yang buat. Kononnya manja, puii!

So far, aku masih independent. Cuma menumpang sikit-sikit kasih sayang orang lain. Hahaha




Mode: Emosi terusik lalu memberontak. Dilarang meniru aksi 18SG ini. Sekian.

3 ulasan:

  1. panjang lebor entry...di sana, di sini..di sinun

    terus jadi blur..

    yang pasti..meluat lah jantan macam ni.....balik-balik kehendak diorang je betul....

    BalasPadam
  2. ooo...baca. memang baca entry tuh. actually...bila kawen nieh both sides. siapa pulak bercinta sorang2. so both must work out together :)

    BalasPadam
  3. hahaha, tau takpe. sebenornye masing masing kena jaga hati. Orang lelaki ni otak kat anu tahu tak. Kalau org pompuan tak jaga melepaslah cik kak..

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...