Cari Blog Ini

Ahad, 16 Disember 2012

Gila??!

Hari ini, FREE. Tak ada deting, tak ada outing, tak ada fotografi. Boyfriends? Semua jauh, kerja. Sangat lepak di rumah. Aku seharian tak mandi tapi tetap wangi. Owh, wangi sebab tadi aku mandikan 3 ekor anak kucing aku. Kali ini aku mandikan mereka dengan air suam. Bila aku test siram dengan air paip, mereka bising, menjerit, mencakar dan melompat-lompat. Baru aku tahu kucing nak mandi pun kena ada air panas. Lepas ni cari water heater.

Sebenarnya bukan pasal kucing aku nak bercerita. Sesuatu yang menakjub dan berada diluar pengetahuan dan jangkaan aku dan aku agak terkejut.

Siang tadi, tengah bersemangat, berkobar-kobar untuk mencari business partner Sophie Paris, aku pm almost everyone dalam FB aku. Prospek la kiranya. Aku cuba nasib meng-contact ex Chenta ku. Respon yang professional. Cuma very un-sangka-rable bila dia cakap ada seorang lelaki call dia bertanya dan bercakap tentang aku.

WTH!! Aku rasa aku tahu siapa makhluk perosak itu. Tak sangka sampai tahap nak call ex-boy aku nak tanya perihal aku. Apa kes??!! Sampai ex aku cakap "saya tak suka gaduh-gaduh". Ish... siapa entah nak bergaduh pasal aku ni?? Malu i...

Memang gila lah!!

Pertama aku tak sangka makhluk perosak itu call ex aku yang jauh itu.

Kedua - aku telah meng-contact ex aku yang hampir 1.5 tahun senyap tanpa berita.



Kenapa aku buat kerja gila yeh??

 

1 ulasan:

  1. Mungkin kerana ko amat bosan pada hari itu, tu yg ko buat keje gile ma..hehe..take care la ye :P

    http://aizatbest.blogspot.com

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...