Abam botak kontroversi. Tak kontroversi sangat pun. Link |
Dah berapa ramai tengok vklip Man Up Army ni?? Saja aku capture muka dia macam ni supaya nampak macam cacat spastik. Sorry bang, ini untuk bacaan blog saja. Tapi sebenarnya aku tak berkudis pun dengan statement dia - "real Malaysian men should not carry their girlfriend's handbags"
Aku baru sedar benda ini jadi isu dalam FB. Lawak juga lah bila aku go through the comments. Dah cecah 500 lebih kot komentar. Tak upaya aku nak view satu-satu 56 komen pun dah rasa macam nak muntah. Ada yang menyirap marah, ada yang rasa benda ni kelakar. Janganlah nak butthurt sangat.
But to my personal thought (sila tengok vklip tu bagi habis) mencomotkan muka boyfriend orang dengan cream pie is not a logical or unbecoming joke. Not approriate in Malaysia. Kita semuakan sopan?? Tapi mungkin lelaki tersebut dah dimaklumkan untuk diperlakukan sedemikian. Haruslah bersangka baik-baik sahaja.
Saya suka kalau boyfriend saya tolong pegang handbag saya yang berat dengan sampah-sampah resit itu. Nampak caring. Manja. Comel gitu. Biasanya time belum kahwinlah lelaki nak buat begitu. Time tu lah saya nak peluk-peluk lengan dia yang gagah perkasa. Dah kawin nanti sibuk pula nak dukung anak tak pun nak tolak troli. Belum tentu kita ni pun jenis nak berangkut bag tangan. Alkisahnya...
Abang-abang semua, andaikan anda diperhatikan dan diketawakan oleh jejantan telur kecik kerana menjinjing, mengusung beg tangan buah hati anda, usah khuatir... dimata kami yang wanita ini anda lah hero yang paling gentlemen. Satu kiss untuk abang dari saya.
Memetik kata-kata salah seorang buah hati aku, dia kata bila dia usung beg tangan girlfriend dia yakni beg tangan aku, dia telah berjaya dalam usaha mengawal nafsu aku dari berbelanja kepada perkara tak sepatutnya ditempat yang tak sepatutnya. Get it??
Haha. Sekian dulu dari saya...
Ok. I get it. So takyah seluk2 beg kuar beg duit lajuuuu je nak shopping sebab beg duit dah dikawal rapi. LOL
BalasPadam