Cari Blog Ini

Ahad, 2 Disember 2012

Saat genting Flora nak ter-beranak

Aku telah menyaksikan satu keajaiban dunia. Subhanallah. Hebatnya kejadian-Mu.

Flora dah tiga kali bunting. Dan inilah kali pertama aku turut berada bersamanya. Syahdu. Seolah-olah Flora nak aku bersamanya untuk sama-sama menyambut kelahiran bakal anak-anaknya. Masa dia bunting dulu, tiap-tiap malam dia akan tidur dengan aku. Untuk 5 minit pertama sebelum beradu atas katil dia akan tidur atas dada atau perut aku dan pada ketika itu aku dapat merasai suatu pergerakan dibahagian abdomennya. Agaknya macam ini wanita yang mengandung rasa di-tickle oleh bayi mereka.

Malam itu aku sibuk depan laptop mencari artikel tentang persediaan dan tips untuk berdepan dengan situasi kucing beranak. Macam biasa, Flora masih menghimpit aku. Khatam 2 artikel aku baca, aku rimas dengan ekor dan perangai Flora yang serba pelik. Aku tolak dia ke tepi. Dia duduk sekejap, kemudian dia mengeow. Aku dah nak anginlah kan? Langsung aku angkat dia.

Angkat-angkat, ya ampun air ketuban dah pecah. Harus la aku jadi kalut. First time nak handle. Dulu okey lah bidan yang bernama Aslina ada.
Terus masukkan ke dalam hospital bersalin sejak beberapa zaman dulu. Masih kuat dan tegap hospital yang aku dan As bina bersama. Haha. So, tak perlu ku huraikan proses-proses terberanak ini. Gap kelahiran antara anak-anak Flora tak jauh, dalam 10-20minit. 







Tiba-tiba terbaca taman aku akan berlaku ketiadaan air dan aku tak sempat menyimpan. Camana nak basuh darah  Flora ni??



until then.... bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...