Cari Blog Ini

Rabu, 6 Mac 2013

Menjaga hati. Jangap biadap.

Assalamualaikum...

Islamik aku hari ini. Memulakan kebiasaan yang baik memang berasa liat, tapi kalau nak buat kejahatan tak perlu susun cara terus menonong saja. Betulkan?

Aku cuba untuk tidak mengomel apa yang aku rasa, tapi perasaan aku meronta-ronta untuk melepaskan. Tentang kejadian pagi tadi. Hari ini.

Pagi-pagi lagi ketika breakfast aku disajikan dengan cerita kenalan lama yang sempat mengumpat menyibuk tentang status aku, melalui kawan aku. Dia, kenalan semata. Tapi biadap. Soalan kahwin memang wajib ditanya. Samada kau rapat atau tidak, soalan itu soalan kegemaran. Biadap.

Orang kita memang kurang beradab.

Soal jawab dia pada kawan aku. "Dari aku bujang sampai anak dah seorang... dia tak kahwin lagi?" - Biadap. Macam kau tak ada anak perempuan.

Mujurlah aku ada Dr Muhaya untuk jadi rujukan aku. Istighfar dalam hati. Katakan dimulut - dia, si kenalan itu manusia yang berkeladak. Berdaki, kotor. Biarkan, itu kerja tuhan. Semahunya aku ke tempat dia menarik rambut dan menonyoh cili ke mulutnya.

Aku seringkali terfikir apa yang ada dalam minda mereka yang sudah berkeluarga, beranak pinak tentang perempuan lewat usia yang masih belum bertemu jodoh. Apakah perkahwinan itu kemestian dan kesempurnaan hidup dalam Al Quran? Ada sebab kenapa aku masih belum berkahwin. Ada sebab kenapa aku tak berani untuk melangkah ke dunia perkahwinan. Ada sebab.

Sudah-sudahlah manusia berkeladak. Aku bukan menentang fitrah. Aku tak pernah kata tak mahu berkahwin. Kalau asyik dijolok soalan-soalan yang diluar pengetahuan aku, jadi panas juga! Aku tak ada jawapan untuk itu. Aku tak nak rosak hati kerana marahkan benda-benda remeh. Tapi isu ini telah menyebabkan aku beremosi lagi pagi ini. Marah.

Jagalah hati. Aku pun kadang-kadang terlanjur cakap. Aku sedar. Tatkala tak mampu menahan amarah, laju perkataan meluncur keluar dari mulut aku. Aku sedar. Cubalah jaga hati tambah-tambah lagi isu berkenaan peribadi, elakkan diri dari bertanya hal-hal sulit rakan-rakan. Tak perlu kau nak beramah mesra tanya soalan-soalan yang menjurus untuk diberi penampar. Soal anak, soal jodoh itu bukan kerja manusia. Yang menentukan pertemuan, jodoh, maut kita semua Allah SWT. Kita semua tahu.

Jadi jangan biadap.

 

1 ulasan:

  1. Oh patutlahh...

    So tanak bash dia balik ke tanya?

    "Knape tanya? Mau sponsor ye? Sebab aku tanak la bazirkan duit aku utk puaskan hati org yg datang ke majlis... Maklum laa... Orang melayu ni, kalau majlis simple sangat, blakang2 dia cakap, kena tangkap basah agaknye... Kalo grand sangat, tu kalo bercerai tu kan rugi... Jadi, baik tunggu org sponsor ikut suka hati dorang je... Blakang2 kite tak sakit hati, org tu plak nak mengumpat pun tak kesampaian sebab dia yang sponsor... Hujung2 pas kawen duit sendiri boleh la jugak guna buat blanje pegi honeymoon. Baru puas hati, tak gitu..."

    Memang ade la org serik bertanya sebab sy bagi jawapan mantap begitu...

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...