Hai korang!!
Pada mulanya masa book this ticket tak tahu langsung I akan kawin tahun ni, tak sangka planning tuhan kan?
Ticket kami berdua agak mahal berbanding dengan blog yang I baca sebelum ni. Return ticket ke Phuket I dapat dalam RM66/person tapi lepas campur airport tax, fuel charge dan credit card, jadi RM458. Which mean RM229/person.
Last week, seem my En. Isdin first time nak merasa travel luar negara (asean country je pun) so I belikan meal dalam flight tu, walaupun perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam. Disebabkan masa balik dari Phuket nanti ter-shopping banyak souvenir, I beli extra 20kg bagasi which cost me RM44. Memang la kami pergi gamble backpack je, manalah tahu tetiba terborong banyak tshirt I Love Phuket tu kan? Hihihi
Tadi masa nak check in, I called En. Isdin, tanya perlu ke tak perlu insurans. Selama ni tak pernah sekali pun beli insuran mereka (Airasia Insure). Tapi memandangkan dalam 2 minggu ni berbagai cerita mengenai flight MH370 dan Malindo Air maka ku gagahkan jua membayar RM46 untuk insurans kami berdua. We never know what happen next kan? Tapi RM46 tu boleh belanja 4 x McD lunch saver tu.
Merujuk kepada beberapa blog, kalau kita check in serentak mudah-mudahan dapat seat sebelah-sebelah. Tapi kau takkan dapatlah tepi tingkap dorang. Flight ke sana kami check in sekali dapat la duduk sebelah menyebelah. MALANGnya... time nak balik nanti, my seat nun jauh di depan dia di belakang. Dah beli meal kat atas tu konon nak share-share, kalau dah jauh tempat duduknya camana nak share kan? Terpaksa bayar lagi untuk seat. Pfftt... bijak betul Airasia buat duit. Total kerugian RM604.
Well, negara Thailand sedang bergolak sekarang. Ada yang buat muka cuak dan berpesan, be safe, hati-hati tempat orang. Dah tu dikelilingi laut Andaman dan laut India. Takut juga kan? Tapi itu semua ketentuan Tuhan. Kena percaya qada dan qada Tuhan. Korang-korang yang baik hati tolong doakan kami selamat pergi dan balik
Bye!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...