Cari Blog Ini

Ahad, 6 April 2014

Movie marathon

Hi korang.

I dah balik honeymoon. Safe and sound.

Walaubagaimanapun cerita #MH370 masih belum ada kesudahan. :'(
Sepanjang kami di Phuket, kami lost contact dengan segala berita mengenai  #MH370. Setakat tengok laporan berita online sahaja. Masa pun terhad.

Since ada cuti berbaki 3 hari untuk rest & relax, kami tidur sampai lemau rasa badan. Tidur lebih pun tak elok sebenarnya. So, dalam masa dua hari kami dah tengok empat movie, ini kes balas dendam sebab dah lama tak tengok wayang. Eh, rasanya baru bulan lepas tengok The Journey. Hew hew hew mengada sungguh.

Hajat hari pertama tu nak tengok In The Dark, macam spooky semacam trailernya. Tapi tak sempat, last show pukul 8.30pm. Postpone hari esoknya. Jom, nak buat review untuk 4 filem ni.

Dah lama tak buat review movie kan, kan, kan?

Captain Amerika: The Winter Soldier

Cerita sci-fi action pack walaupun kau tahu ini cerita imiginary comic semata-mata. Suka tengok aksi-aksi yang manusia biasa memang tak mampu nak buat. HYDRA ialah pergerakan sulit yang mempunyai agenda jahat. Captain America & the gang cuba menghapuskan mereka yang terlibat dengan Hydra. Lepas ni ada sambungan cerita ni sebab Winter Soldier tak mati lagi.




Rate: 4/5

The Machine

Mengisahkan dua orang saintis bijak yang mencipta robot untuk keamanan sejagat tapi MoD tukar robot ini menjadi askar perang. Plot cerita yang slow dan hero yang stress.

Aku takut kalau in real life kita nanti wujud robot-robot bijak begini.




Rate: 2/5

Need for Speed

Mengisahkan dendam street racer, Tobey yang memang tak sebulu dengan Dino. Dino Dino Bambino ni jahat, suka main tipu. Dia perangkap Tobey atas kesalahan membunuh Pete. Bak kata buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat akhirnya Tobey menang race dan Dino masuk penjara. Padan muka. What I like the most is kecanggihan peralatan GPS dan alat elektronik dalam kereta mereka. Kereta yang laju jangan cakap, memang suka sangat-sangat. Tapi pelik bila orang kata cerita ni tak best.

Rate 5/5



In The Dark

Movie Mandarin terbitan Astro Shaw mengisahkan hantu khunsa yang bersalah kerana tidak berterus terang dengan boyfriendnya tentang gendernya. Nampak kesungguhan Joseph nak bertemu dengan May walaupun dia dah mati. Tapi cerita ni memang terkejut-kejut yang tidak dijangka. Kita ni penakut, haruslah semua cerita hantu yang tak scarry pun ku rasa seperti menakutkan. Tapi tak boleh nak terima tu bila hantu (May) boleh call boyfriend dia bagitahu dia takut. Scarynya bila hantu dah pandai guna teknologi. Lepas ni kacau guna Whatsapp pulak.

Rate: 3/5



Bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...