Instagram Shots

Ahad, 15 Jun 2014

Bila nak bayar DUIT aku??

Hari ni aku rasa down sebab duit. Eh bukan pasal duit semata. Pasal kerja dan environment juga mendorong untuk aku rasa nak murung 480jam. Tapi aku nak cerita pasal duit je hari ni.

Dalam dunia ni kalau kau tak ada duit, orang tak pandang kau. Realiti zaman sekarang.

Kes 1
Orang yang mak ayah aku percaya, mak bapak mertua aku kenal buat taik pada kami berdua, aku dan Din. Sakit mental agaknya. Kesian.

Mak aku cakap mungkin dia sakit jiwa akibat beberapa faktor. Kes tipu duit. Duit "pelaburan" dah lesap entah ke mana. Tak ada explanation pun. Kata dapat refund. Tapi sonyap jo. Masa kahwin hari tu kata nak ganti duit flight dulu pun tak terganti lagi. Tambah lah duit repair kereta 3 tahun lepas, dia buat lupa je. Lebih bangsat dia pandang aku buat macam tak kenal langsung.

Haih... syaiton ni rojim betul perangai. Tak tau kenapa dia jadi macam tu.

Hmmm tak hairanlah pada umur macam tu masih begitu je keadaannya. Ish tak baik kata macam tu. Tuhan bayar cash nanti. Aku anggap duit-duit yang "hilang begitu saja" tu adalah duit-duit dari kerja-kerja tak sah (mengulau time kerja dsb.)

Ada orang cakap dia berperangai syaiton tu disebabkan aku juga. Kira what you did you get back. Aku yang jahat maka dia nak main duit aku? What the heck.

Jap.. jap.. kalau betul aku buruk laku kenapa tak ada siapa yang berani nak perbetulkan aku?? Kenapa? Kenapa? Macamana nak berubah jadi baik ni kalau semua manusia jenis pandai cakap belakang?? Ok ini suara hati.

Tak apa perempuan syaiton. Aku tak pernah halalkan duit yang pernah aku bagi. Tak akan pernah. Anggap je lah kita tak pernah kenal.

Kes 2
Aku baik dengan dia, sebab kenal dah bertahun, memang lama. Bila kawan dah cuba tolong, faham-faham sendirilah cuba manis mulut pelawa belanja makan ke, upah seringgit dua. Sebenarnya bukan harap sangat pun ganjaran beribu-ribu. Atleast sejuk hati kita bila kita dah tolong dia offer kebaikan yang lain. Bukan berkira, bukan tak ikhlas. Orang melayu kan penuh dengan peradaban. Mana adab kau kawan?

Aku pinjamkan sepuluh sen tanda aku faham dengan kesusahan kau. Tapi takkan sepuluh sen tu pun ambil masa bertahun kau nak bayar. Lama-lama persahabatan kita terhakis dek perangai kau yang liat nak bayar hutang. Kau susah? Aku pun ada time susah juga. Lupa kot? Aku jenis tak malu nak minta hutang maknanya aku dah kerap remindkan kau bayarlah hutang aku. Jadi sekarang bila kau susah aku macam "lantaklah kau nak hidup ke nak mati ke"...

Kes 3
Sekali dah bagi berhutang dia buat aku ni bank untuk loan setiap kali sesak. Tapi orang macam ni bayar dalam tempoh yang singkat seperti yang dia janji. Tapi bila dah kerap sangat bagi hutang aku jadi macam "Eh dia ni dah kenapa selalu sangat cari aku??" Yang aku isukan ni sebab dia tak pernah pun tanya khabar aku, tak pernah nak beramas mesra pun dengan aku. Itu boleh dianggap kawan ke? She come and go. Bila sesak baru tanya aku ada sen ke tak. Bila tengah bertenang haram nak tanya "how's life??"

Mungkin entri pasal duit ni dah banyak aku up. Malas nak korek balik entri lama. Bila isu ni terlintas dalam fikiran aku... laju je aku nak menulis. Blogging also is the way to release your stress kan?

Ok chow...


Posted via Blogaway