Cari Blog Ini

Rabu, 2 Julai 2014

Tips hilangkan rasa dahaga di bulan Ramadhan

Salam Ramadhan,

Hari ni hari ke tiga kita berpuasa. Semoga puasa dan ibadat kita di terima Allah. Ingat bulan ni nak buat entry yang baik-baik sahaja. (eh selama ni jahat ke?)

Iolls is lupa nak kunci jam hari ni. Maka memang terlepas waktu bersahur. :'( Mampu ke nak bertahan lapar dan dahaga sehingga ke petang? Cewah, macam la masa bujang dulu selalu bersahur kan?

Mujur semalam sebelum tidur dah togok berbotol-botol air.

credit to Google
Sekarang musim cuaca panas lagi la terasa. Bagaimana untuk bertahan dari rasa dahaga melampau?

credit to Google
Satu artikel yang aku baca tempoh hari (www.nowloss.com) mengatakan kalau kita tak nak terlalu dahaga di siang hari kita kena minum atleast setengah dari berat badan (lbs.) kita dalam kiraan oz. (ounce) dalam jarak masa selepas berbuka sehingga waktu bersahur.

Contoh kalau badan kau 180lbs, kau kena minum sekurang-kurangnya 90oz.

Macam susah je kiraan pound, ounce ni kan? Pak google kan ada, kau taip je converter. Contoh berat badan aku hari tu 72kg maka kena minum lebih kurang 2.3liter.

Tapi mampu ke? Setakat ni aku cuma berjaya minum air dalam lingkungan 1.5 liter saja. Tak apa, kita cuba dan paksa diri okey?

Selamat berpuasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...