Cari Blog Ini

Isnin, 9 Jun 2014

Ulangtahun 3 bulan

Ulangtahun katanya. Tak, isdin tak kata apa-apa. 

Aku je yang poyo bagi tajuk entry macam ni. Sebenarnya keteringinan pada green tea Starbucks dah memuncak sejak 2 minggu lepas. Tapi ada je hal yang membuatkan kami terpaksa postpone.

Jumaat lepas, tanpa memikirkan bahawa keesokkannya nak pergi tolong mekap kawan, kami tetap juga meredah ke Setia Alam. Esok nya pagi-pagi subuh nak ke Serendah pula. Isdin kata tak ada masalah. Tomorrow you gonna be fine. Gitew...
Sampai je ke Starbuck Setia Alam, aku tepuk kepala tengok setiap sudut dipenuhi umat. Ramai sangat!  Jam menunjukkan 10.30pm. Tak pe kita gamble, masuk order baru cari tempat duduk.
Umat mereka saja yang memenuhi ruang
Dah order, kami tercanguk menunggu orang bangun dari tempat duduk mereka. Rata-rata minum 1 ice blended besar share 2 straw, sembang je lebih. Tak taulah dah berapa jam mereka macam tu sambil gentel-gentel straw. Tapi majoriti mengadap gadget memasing dan berdekah-dekah ketawa.
Nyum nyum...
Termanggu lagi. Dekat 15min jugalah jeling orang tapi org buat tak faham. Orang melayu aku tengok dalam 8orang je. Yang lain bangsa Cina. Isdin dah mula grumpy, perut dah lapar ni. Nasib sangat lepas tu ada kapel yang bangun. Ahhhh... lega dapat tempat duduk.

Aku macam biasa, tengah obses dengan green tea cream frappucino. Tak kira dah kalori semua tu. Bila masuk ke tekak, nikmatnya...
Green tea ni rasa macam pandan kan? Pastu mengadap tab balik.
Haah rasa macam pandan la sangat. Tapi aku punya green tea habis dulu. Sedapkan?
Lebiu.
Gendang gendut tali kecapi kenyang perut mak suka hati. Yeay! Jom balik. Nak kejar tengok Running Man pula.

1 ulasan:

  1. sama husband aku pun suka green tea. aku plak dulu kini selamanya chocolate je la....

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...