Lagi seminggu kita akan menyambut Aidilfitri. Puasa kali ni rasanya bergerak terlalu pantas. Tau-tau dah sampai penghujung bulan puasa. Dah nak masuk Syawal rupanya kita.
So nak cerita lah juga saya dan suami belum buat apa-apa persediaan lagi. Kuih raya tak cari lagi. Duit raya belum tukar lagi. Sibuk mencari rumah baru. Sibuk dengan loan rumah. Haa.. sibuk menguruskan si Snow yang dah beranak empat semalam. Haih macam-macam. Tapi kan... saya masih curi-curi baca blog orang semasa di pejabat.
Jadinya semalam terbaca dekat blog Namee Roslan pasal Nile.com.my ni. Dia beli banyak baju dan handbag raya harga murah-murah. Of course la tak ada jenama. Terus tergerak hati nak klik website Nile ni. Random browse banyak juga yang murah cuma tak banyak sangat baju besar yang cantik-cantik untuk wanita agam. Susah betul jadi perempuan plussize. Fesyen terhad.
Saya berkenan dengan satu jubah ni harga tak sampai RM60 tapi out of stock. Hancur luluh hati nak bergaya di hari raya. Saya scroll punya scroll saya gamble beli satu baju saiz l. Saya tau tak kan muat tapi saya beli juga. Oyeahh kalau saya kurus memang saya berbelanja gila-gila. Kerugian saya semalam RM55 je.
Dalam minggu ni ramai IG online shop bagitahu poslaju tengah overload parcel. Penghantaran akan delay 3-4 hari. Jadi saya pun tidak menaruh harapan pada website Nile.com.my ni juga. Sangkaan saya lepas done payment barang saya akan sampai minggu depan atau selepas raya untuk itu saya alamatkan ke pejabat Isdin. Terkejut saya tengahari tadi bila dia balik ke rumah dengan bungkusan dari Nile.com.my ni.
Laju. Pantas. Cekap. Harap-harap lepas ni banyak stok baju untuk muslimah gemok yang nak bergaya.
Posted via Blogaway
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...