Isnin lepas aku ponteng kerja. Badan terasa berat sangat nak bangun. Sakit tekak, selsema, sengal badan. Memang tanda-tanda macam orang nak demam. Tambahan masa tu tengah redzone. Mujur tak berlaku cramp perut atau senggugut. Ada perubahan baik lah semenjak consume GLA Shaklee dari tahun lepas.
Nak bergerak sendiri macam malas, nak tunggu juga Isdin. Tapi sampai ke malam tak balik juga kerja. Aku gerak sendiri ke klinik panel. Gitu. Sejak kahwin ni suka betul pergi klinik panel, tak yah bayar. So the first thing masa masuk ke bilik rawatan doktor tanya sakit apa. Belum sempat aku nak cakap aku sakit dada, tekak dan selsema tu dia kata muka aku kering teruk. He went through my report, dia tanya cream yang aku kena apply sebelum ni tak jadi apa-apa ke? Treat paling mahal, sebotol ada 30biji capsul yang berharga sekitar RM400. Bukan tak jadi, cuma kurang efektif. Cecair dalam capsule tu cuma melembapkan dalam beberapa jam sebelum kulit kering ni terhasil kembali. Tak kan nak terus bergantung pada ubat itu? Doktor suggest refer pakar dermatologist. Ini surat reference ke dua yang sebelum tu aku abaikan.
Back to tujuan asal, aku nak ambil ubat selsema dan sakit tekak. Doktor minta aku ke bilik rawatan sebelah untuk pakai lampu. Lampu apa pun tak tau. Assistant doktor minta buka tudung sikit dan unbutton beberapa butang baju supaya sinar cahaya itu menembusi dada. Treatment tu cuma dalam 5minit, dan aku rasa selsema aku agak berkurang sumbatnya.
Selesai treatment aku tunggu ubat dan surat susulan ke pakar dari klinik tu. Lepas ni nak kena cari pakai kulit untuk set appointment. Pakar kulit mana okay? KPJ? Seri Kota??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...