Cari Blog Ini

Rabu, 3 September 2014

Tips membeli peti sejuk

Saya dalam delima untuk menukar peti ais lama. Saya rajin membeli makanan luar dan suka menyimpan, lepas tu bila nak makan baru panaskan masuk microwave. Sejak dah berdua ni lagi aktif penggunaan peti ais.
paras dada saya saja

caca merba peti ais perempuan pemalas ini
Peti ais rumah saya ni jenama Hitachi model satu pintu. Lama sangat dah berjasa pada kami sekeluarga. Asalnya abah beli masa dia tinggal bujang dulu di Perak, mak di Perlis tahun 1997. Lepas tu di turunkan pada saya sejak tahun 2006 sampai sekarang. Dah kahwin pun tak tukar lagi. Tapi masa mak datang rumah tolong-tolong persiapan kahwin hari tu, dia ada buat inspection, katanya getah peti ais tu dah loose. Memang rasa udara sejuknya keluar. Ini menyebabkan lebihan penggunaan elektrik sebab nak sejukkan freezer. Nak hantar repair tak gagah nak panggil lori untuk angkut. Itu punca saya kena bayar bil elektrik RM22-RM26 sebulan. Kalau RM20 ke bawah dah tentu free. Dah la kecil dipadat-padatkan dengan barang yang hampir nak expired. Tengoklah isi dalam fridge saya, tak organize langsung. Saya memang isteri pemalas. Ok dah menyimpang cerita.


Hasil sembang-sembang dengan beberapa orang lama saya nak kongsi panduan membeli peti sejuk. 


1. Kapasiti dan jumlah isi rumah. 

Kalau ada 4 orang dewasa termasuk kanak-kanak, dan sering membeli stok barang mentah untuk seminggu, dicadangkan membeli peti ais 300-350 liter.

2. Satu pintu atau dua pintu?

Saran beli dua pintu. Yang satu pintu ni tak efesien bila bab penjimatan elektrik. Sebabnya bila kita buka pintu peti ais (model satu pintu) suhu bahagian penyejuk/ freezer akan berubah dan peti ais kena kerja lebih untuk kembalikan suhu asal bahagian freezer tu. Kalau model dua pintu tu penggunaan tenaga elektrik kurang sebab ruang beku dan ruang sejuk adalah berasingan. Jadi kalau kita selalu buka tutup ruang sejuk tu, freezer tetap pada suhu yang sama. Faham tak explaination saya?


freezer atas
freezer bawah
3. Ruang beku di atas atau di bawah?
Ok, ini ada percanggahan pendapat. Saya pun tak tahu nak decide yang mana terbaik. Tetapi beberapa jurujual yang bercerita dengan saya, peti ais yang mempunyai freezer di bawah lebih efisien dalam mengawal jumlah penggunaan tenaga elektrik. Tetapi saya tak nampak bukti secara sains di situ. Pada saya proses pembekuan untuk bahagian freezer samada bawah atau atas adalah sama dan tiada beza. 

CUMA ada kelebihan dan kekurangan untuk freezer bawah ni. Bagi sesetengah orang atau veteren yang sukar untuk membongkok ini mungkin menjadi masalah pada mereka sekiranya ingin mengambil sesuatu di dalam freezer. Atau mungkin anak-anak kecil yang sedang aktif sel-sel otak sedang berhubung sangat mudah untuk mereka mengakses bahagian ini untuk mengambil aiskrim contohnya.


Freezer di atas sangat konvensional tapi tidak praktikal bagi mereka yang selalu menyimpan makanan non-beku (ada ke perkataan ni??) Kalau korang mengamalkan vegetarian lebih baik memilih peti ais yang ada freezer di bawah kerana tidak perlu membongkok untuk mengambil makanan dalam peti ais. Satu level dengan paras tangan dan badan. (haish... boleh fahamkan ?)


4. Defrost

Jarang kita diberitahu tentang fungsi defrost. Nak cairkan ais supaya ruang freezer tidak menjadi iglo/ gua ais. Kalau beli yang 1 pintu (pengalaman saya) kena kerap defrost dan buang air takungan di bekas belakang peti ais, kalau malas... banjir la dapur tu. Renyah tau. Sekarang peti ais semua dah automatik rasanya. Tapi apa-apa pun kena tanya salesman, cari model yang paling minima selenggara. Sebab wanita bekerja tak ada masa nak belek dapur lama-lama. Ok itu ayat pemalas. 

5. Fungsi tambahan

Banyak peti ais sekarang yang ada fungsi membunuh bakteria atau yang boleh menyimpan sayur-sayuran segar lama. Cuba tengok dalaman peti ais tersebut, kaca tidak mudah pecah, tahan tumpah, kaca ruang boleh keluar dan pelbagai. Pintu peti ais sekarang pintu keluli tahan karat, tapi itu cuma nak bagi nampak bergaya (dan tambah $$$) tak ada kebaikan tambahan pun.

6. Inverter / Bintang

Ok yang ini suami saya cakap fungsi dia jimat elektrik. Kalau nak cerita tentang maksud inverter dalam bahasa orang elektrik saya tak tahu nak terangkan. Yang saya diberitahu kalau nak beli barang elektrik cari yang ada inverter dan sticker bintang. 

7. Harga

Tepuk dada tanya selera. Kalau rasa macam nak cari peti ais yang boleh keluar ais ketul secara automatik, boleh la beli yang ribu raban tu. Jadilah pengguna yang bijak. 


Lazada.com.my

Mari survey harga peti ais. Hati saya memuja peti ais yang 2-sided tu. Tapi itulah belum tiba masanya nak pakai peti ais begitu.




Sekian, dari saya.
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...