Instagram Shots

Sabtu, 18 Oktober 2014

Pameran Pengantin 2014 by Urban Vibe Event


Dah hari ke dua ni. Kalau ikutkan nafsu memang aku nak terjah pergi sini. 
Eh kau dah kenapa? Nak pergi sini buat apa lagi?

Aku seronok tengok booth-booth yang cantik-cantik, lawa-lawa. Boleh nak berangan banyak-banyak. Walaupun dah tak ada sebab kenapa nak berasak-asak dengan orang yang ramai di tempat event begitu.

credit gambar : FB Urban Vibe Event
Banyak demo DIY pula ni. Makin mengigil jiwa nak pergi. Tapi apakan daya laki bini kena kerja. Aku selalu pergi pameran pengantin hari last. Hari last ramai yang dah mula bungkus sikit-sikit nak balik. Sesiapa yang ada plan nak berkahwin tu pergilah cuci mata. Untung-untung korang dapat promosi meletop-letop.

Macam aku dulu 6 bulan sebelum majlis masih relax-relax, main-main lagi. Tinggal lagi 4-3 bulan baru terhegeh-hegeh.