Cari Blog Ini

Khamis, 16 Oktober 2014

SME Micro Finance: Jom bisnes!

Pagi tadi masa tengah breakfast dengan suami aku ajukan soalan pintar "Macamana nak kaya?" Terkedu sekejap Isdin, dia memang blur-blur orangnya. Kemudian aku sendiri yang menjawab, "kita kena buat bisnes lah abang. Tak boleh terus makan gaji."

Keadaan ekonomi yang menyesakkan tambahan pula kami ni pasangan yang baru nak kenal dunia, baru nak memulakan kehidupan kadang-kadang merasakan dunia ini semakin kejam. No money no talk. Eh terbabas pula membebel. Bukan ke 9/10 rezeki datang dari perniagaan?




Sumber: Bank Negara
Klik logo untuk info
SME Micro Finance atau pembiayaan mikro ialah sejenis loan/ pinjaman perniagaan kecil-kecilan.

1. Apakah ciri-ciri utama produk pembiayaan mikro? 

• Saiz pinjaman : Antara RM1,000 hingga RM50,000 
• Tujuan pinjaman : Untuk membiayai perniagaan seperti modal pusingan atau pembelian aset tetap.
• Tempoh pinjaman : Antara 1 bulan hingga 7 tahun 
• Keperluan cagaran : Tiada

2. Siapakah yang layak mendapat pembiayaan mikro? 

• Semua perusahaan mikro yang mempunyai perniagaan yang berdaya maju.
• Pembiayaan mikro ditawarkan kepada perniagaan dalam semua sektor ekonomi. Namun, beberapa institusi kewangan menghadkan pembiayaan kepada beberapa sektor tertentu sahaja.

3. Apakah definisi perusahaan mikro? 

Sektor Perkilangan dan Sektor Perkhidmatan Berkaitan Perkilangan 
Perniagaan yang mempunyai:
• Jualan tahunan yang kurang daripada RM250,000; atau
• Pekerja sepenuh masa yang kurang daripada 5 orang

Sektor Pertanian Asas dan Sektor Perkhidmatan 
Perniagaan yang mempunyai:
• Jualan tahunan yang kurang daripada RM200,000; atau
• Pekerja sepenuh masa yang kurang daripada 5 orang.

4. Institusi kewangan manakah yang menawarkan pembiayaan mikro? 
• 3 institusi kewangan pembangunan iaitu Agrobank, Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional.
• 7 institusi perbankan iaitu Alliance Bank, AmBank, CIMB Bank, Public Bank, Maybank, United Overseas Bank dan Bank Muamalat.

Untuk rujukan: JADUAL PERBANDINGAN CIRI-CIRI PRODUK PEMBIAYAAN MIKRO 

Maklumat lebih lanjut sila ke laman web BNM dan institusi bank yang berkaitan. Berniaga memang menyeronokkan tapi MESTI ada ilmu. Berdasarkan fahaman aku kan, syarat kelayakan micro finance ini longgar even mereka yang sudah berpencen pun boleh memohon. Tapi... ada TAPInya interest rate yang dikenakan tinggi walaupun tempoh pinjamannya pendek.

Memang kena berniaga pendek kata. Rezeki Allah yang beri. Yang pasti kita kena usaha melakukan sesuatu. TAPI apa yang sesuatu itu? Nak bisnes apa? *blank*

Share sikit bisnes apa paling masyuk??


1 ulasan:

  1. nice info. nanti anak-anak dah besar teringin nak ada kilang SME. berangan dulu :)

    salam perkenalan :)

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...