Baru-baru ini husband didatangi lelaki yang mengaku penarik kereta dari Ambank.
Masa tu Isdin baru drop member dia depan stor yard company. Kebetulan kereta yang dipandu dah masuk kawasan yard. Datang satu myvi hitam parking di sebelah. Turun seorang mamat melayu cakap nak tarik kereta. Tunjuk satu kad liminate tapi macam sorok-sorok. Dalam kereta tu bertiga, seorang pegang laptop kat belakang seat.
Nota: Penarik kereta WAJIB menunjukkan kepada penyewa Kad Kuasa atau PERMIT yang diberi oleh syarikat kewangan sebelum menarik kenderaan bermotor dan RO (repossession order)/ PERINTAH PENARIKAN dari bank.
No plat kereta operasi mereka |
WTF! Kad kuasa hak tuih!
Dia desak Isdin untuk serah kunci nak tarik kereta tu. Masa diminta tunjuk surat tarik kereta tak ada pula mereka tunjuk. Semua maklumat dalam laptop katanya. Jaga datang mainkan peranan halau beruk-beruk ni keluar kawasan yard. Beruk-beruk ni ugut nak report polis. Mujur juga Isdin call aku dan bapa aku untuk clarify. Pelik juga tak angin tak ada ribut tiba-tiba nak tarik.
Nota: Pencerobohan ke atas premis persendirian tidak dibenarkan kecuali dengan perintah mahkamah.
Isdin ke balai polis buat laporan tentang kejadian tu. Pegawai polis pun tak boleh masuk mana-mana kawasan persendirian atau rumah tanpa waran dikeluarkan oleh mahkamah. Ini kan pula orang awam yang cuma ada surat bank. Puii!
Of course lah aku nervous orang nak tarik kereta. Balik rumah selak balik buku akta. Nak faham lagi aku minta pendapat kawan-kawan. Sebab nak cover malu, cerita Isdin ni jadi cerita "kawan A". Sebab takut kereta kena tarik sorok kereta dulu. So aku call Ambank Jalan Pudu. Call nombor ini 03 2054 6688 - bahagian collection kereta. Walaupun memang ada payment tak cantik semua cakap akaun tak ada masalah. Tak ada surat tarik kereta pun dikeluarkan. Dalam kes aku, PIC untuk akaun aku ialah Ms Seline (03 2058 1553) dia minta aku make sure sama ada individu yang nak tarik kereta tu betul-betul repossesor atau fake. Sekarang banyak kes macam tu kan contohnya kes kena tipu ni.
Aku tak puas hati aku call Ambank Tg Karang. So dari cerita beliau ada kemungkinan maklumat geng tarik kereta ni dapat yang belum ber-update. Biasanya geng-geng ni main tembak nombor kemudian check dalam sistem (how can they access the information??!). Aku call Ambank Klang, tak pernah berangkat. Tapi dah buat repot polis dan bila dapat pengesahan dari Ambank HQ baru aku berani gamble bawa kereta pergi office dan pergi jalan-jalan.
Later on aku cerita sambungan si penarik kereta ni dengan etika seorang penarik kereta..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...