Cari Blog Ini

Isnin, 20 April 2015

Orang baru di Kay Ell

Masa muda² dulu selalu berangan nak jadi wanita berkarier di KL. Macam meletops sangat kalau dapat kerja di KL.

Nampaknya tuhan dah makbulkan. Tapi sekarang aku pula rasa berat nak masuk KL. Eventhough ofis aku tu tak terlalu KL, tapi nak meredah ke sana tu memang satu seksaan untuk pengguna kereta manual.



Tak tahan dengan jam, dengan jauhnya, dengan minyaknya, dengan parkingnya. Uwaaa! Nak nangis. Gaji masuk tak seberapapun tapi keluarnya.... masyaallah, laju! Tadi parking hampir 4jam pun dah RM11.

Mak teman. Mengalahkan budak register darjah satu. Hehe

Breakfast di level 23, cafe utk hotel's workers. Dengan kawan² yg diarahkan bertukar.

Pagi, biarpun keluar dari rumah jam 6.45am, masih perlu menempuh jam. Ingatkan dah awal dah.





Dapat tangguh 2 minggu untuk selesaikan tugas apa yang patut. Mei akan menyaksikan samada aku berjaya meneruskan kehidupan atau tersungkur.

Ya Allah! Syukur kepada mu kerana diberikan peluang untuk merasai semua ini. Alhamdullilah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...