Satu lagi berita kemalangan dan kematian.
Aku ucapkan TAKZIAH buat keluarga Allahyarham Tan Sri Dato Sri Jamaludin 
Jarjis serta 5 yang lain di atas pemergian mengejut akibat nahas 
helikopter di Semenyih petang semalam.
Senarai Mangsa Yang Terkorban Nahas :
1. Chris - Pilot
2. Eidiana - co pilot
3. Tan Sri Dato' Sri Jamaluddin Jarjis
4. Dato Seri Azlin - Ketua SUS YAB PM
5. Dato Tan 
6. Razkan - BG Tan Sri JJ (PDRM)
Helikopter itu membawa enam orang termasuk juruterbang dan pembantunya apabila  terhempas kira-kira jam 4.55 petang.
Empat lagi adalah juruterbang dikenali Cliff Fournier, pembantunya 
Eidiana, Datuk Robert Tan dan seorang pengawal peribadi kepada 
Jamaluddin.
Beliau berkata sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih diarah ke lokasi kejadian.
Helikopter itu dikatakan jenis AS365 milik Solitaire Air Services 
dipercayai dalam penerbangan dari Senai ke Subang apabila kemalangan 
berlaku.
Sebelum itu, mereka dari Pekan kerana menghadiri majlis perkahwinan anak Perdana Menteri.
Cuaca ketika kejadian dilaporkan hujan serta angin kencang dan ada 
laporan mengatakan saksi melihat pesawat itu meletup di udara.
credit to MMI
 



 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...