Cari Blog Ini

Ahad, 21 September 2008

Di atas bumbung kereta (Kisah Benar)


Akibat tidur lewat semalam, aku bangun pun agak lewat. Dalam pukul 1pm lebih aku buka grill pintu nak ambilkan minyak panas dalam kereta untuk As sebab dia secara tiba-tiba demam kura-kura. Tapi niat aku terbantut, bila aku terpandang sesuatu di atas bumbung kereta. Sebungkus plastik yang terburai isi perutnya.

Cis, ini mesti kerja beruk sakai ni lagi!!
Tapi bila aku pergi close-up, aku naik seriau pula, sebab tengok plastik tu berikat dihujung dan terkoyak seperti saja dikorek. Mulalah panik, fikir bukan-bukan. Siapalah yang busuk hati ni? Bulan-bulan puasa macam ni pun nak buat onar?

Aku panggil As, dia pun cuak nak pegang, apatah lagi aku? Aku call Chenta untuk dapatkan bantuan, tapi dia tak pickup. Aku call mak pula, tapi aku kena tarbiah kejap.

Mak: Awak ada cakap apa-apalah tu sampai orang sakit hati.Aku: Mana ada, saya baik je.
(Aku berpura-pura baik sedangkan mak dah tahu aku sememangnya laser)
Mak: Awak bawa kereta laju-laju sampai orang cari awak kot?Aku: Ish... Tak kan sampai nak baling-baling benda atas bumbung kereta? Bodoh tu! Kak ngah takut mak...
Mak: Baru tahu takut. Baca ayat 3 Qul selalu.


Memang itu yang selalu mak pesan. Mak suruh aku masukkan bungkusan plastik tu ke dalam plastik yang lain untuk dibawa kepada yang lebih arif. Jangan dipegang. Tapi aku tak buatpun.

Aku call Chenta lagi. Tapi dia macam layan tak layan je. Sedih aku, time aku cuak macam ni dia tak respon pun. Aku paksa dia datang juga suruh tengok. Bila dia datang dia cakap "Buang je lah". Wah?! Senang macam tu je? Dia pegang selamba lepas tu cium bau plastik tu dan kemudiannya buang. Dia pun balik. Semudah ABC.

Kejap lagi aku nak hantar kereta pergi basuh. Tapi apakah dalam plastik itu? Nak cakap bihun basi, macam tak betul. Mengikut mata aku dan As, kami nampak batuan halus seperti pasir dan daun-daun serta dahan-dahan kering. Tapi aku tengok ada juga daun kucai dalam plastik tu. Confuse!



Pesanan dari aku untuk lalats dan seangkatannya:
Aku tak suka cara melayu purba, main hantar-hantar barang. Kalau ko betul ada masalah dengan aku, CONFRONT dengan aku. Jangan main aci nyorok macam ni. Pengecut!!
Kita bersemuka macam orang dewasa, bukan komplot-komplot dengan orang tua, atau makcik-makcik sihir untuk puaskan kehendak ko.
Tapi kalau kera-kera tu yang buat, memang diorang dah berjaya takutkan aku.
Dulu-dulu aku selalu main rebut-rebut roti dengan kera-kera yang pecah masuk rumah aku dulu. Now, payback time.

9 ulasan:

  1. ish... menatang apa tu yek. seram la jugak weh... bwk la pi analisis. mana tau kot2 makanan kucing ke kan? =)

    BalasPadam
  2. huuu...sangat scary...da la demam2...pegi tgk mende tu plak...uhh...tatau la nak komen hape...tapi semenjak-dua menjak nih...umah dah macam jadik public garbage plak...suke2 je nampak segala plastik makanan la...cawan plastik air la...hape la...confuse plak tengoknye...nak plak kera2 tu minum air dalam cawan yg berstraw...huhu...

    BalasPadam
  3. ish! sapelh nk main mandrem dgn syima nih...buat tambah dosa je...

    BalasPadam
  4. eeee..takut kan kalu kena camtu
    kitorang pun penah kena
    tatau sape yg dengki
    letak benda bawal stall kitorang
    punyalah heran asal lah aritu sale truk sgt
    pastu lama2 baru perasan benda tu kat bwh stall
    trus buang.n tetiba sale trus ok
    pelik kan??
    tatau nk caya ke x menda2 camnie..

    BalasPadam
  5. iskh..! apa tu? menakutkan jek.

    BalasPadam
  6. izan ~ kalau makanan kucing, dan kucing yang bawa plastik tu naik atas bumbung kereta aku, memang aku marah! dia ingat meja makan ker?

    rieha ~ kalau ko takut, aku pun rasa creepy.

    dugong ~ ko ni... aku tengah cuak, ko boleh puji kete aku plak? hahahah

    BalasPadam
  7. as ~ akak rasa as kena "tegor" tak? tu yang demam sekejap...

    ladyell ~ kerana mulut badan binasa... mulut sy kurang disiplin kak oii. tapi amat tak professional kalau main mengantar barang ni.. dengki la tu...

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...