Hari ni aku agak bermalas-malasan di rumah. Banyak kerja, tapi malas nak pergi opis. Dah kena sound semalam, buat apa nak rajin-rajin ke opis sebab aku tak kan diiktiraf. Ditindas, di-kuli-kan je nanti. Bertambah-tambah workload dapat nanti.
So hari ni aku rasa aku nak cerita antara tugasan aku bulan lepas yg lupa aku nak masukkan dalam blog ni.
Hari tu aku ditugaskan untuk membuat pemeriksaan / pemantauan kerja-kerja stamping (MCM) untuk weigthbridge. Tau ke apa itu weightbridge? Aku pun tak pandai nak terangkan, mungkin gambar-gambar kat bawah nanti boleh bagi penjelasan pada korang semua. Tapi aku sangat gembira kerana setelah bekerja hampir 2 tahun, aku akhirnya berpeluang untuk melihat sendiri kaedah dan proses mengeluarkan lesen stamping ini.
Wajiblah tayang baby aku dulu.. kiut betul la hamster ni... kiut kan?? Ok back to the stori mori, kitorang dah sampai ke destinasi yang dituju. Nama tempat tu ialah tempat timbang berat buah sawit di kawasan perkampungan Sg. Panjang, Sabak Bernam. Aku tak pasti apa nak panggil nama tempat tu. Cis! Tapi ini lah tempat yang mana lori-lori pengangkut buah sawit ditimbang sebelum dibayar atau dijual ke tempat yang sepatutnya.Sekarang apa yang korang nampak tu ialah besi pemberat yang di cipta khas untuk tujuan penentusahkan alat timbang. Untuk hari tu, mereka bawa 5 MT sebab nak tentusahkan alat timbang 10MT ke atas. 3 baris = 3 MT besi pemberat. Benda cangkuk tu adalah kombinasi dua piring besi yang seberat 250kg setiap satu.
Abg-abg technician yang gagah perkasa ni sedang menyusun blok-blok besi untuk dapatkan penyeragaman bacaan pada alat yang kat bawah ni. Tapi abg-abg ni technician ker? Tak pasti, sbb tak sempat nak temuramah. Akukan pemalu. Ada abg hensem kalau tak silap yang baju biru tu, sepet-sepet je matanya. Tapi malangnya dia membontoti aku ketika aku snap gambar ni. Bila tengok lengan dia, fuh! berketul-ketul keluar urat. Tapi aku tetap suka dengan tangan yang banyak bulu. Ops!
Apa tah nama dia, benda ni la yang akan buat bacaan bila sesuatu naik atas penimbang 10MT tu. Siapa yang tau apa nama benda ni tolong bagi tau aku ok?? Aku akan buat correction.
Lepas dah dapat kan bacaan roda-roda besi tadi, mereka naikkan pula forklift dan ambil bacaan lagi. Kalau tak silap aku kalau setakat bacaan ralat (lari) 10 kg-20kg masih relevan.
Kemudian besi pemberat tadi diangkat sebaris demi sebaris dan bacaan dibuat setiap kali besi pemberat itu dinaikkan ke dalam lori.
Kerja-kerja memasukan besi pemberat tadi masih dilakukan oleh abg hensem tadi. Kalau la kamera phone aku ni boleh zooming, dah lama dah aku buat.
Mr. MCM (alamak! terlupa suda namanya, sorry!) sedang menulis sesuatu ke dalam lesen yang bakal dikeluarkan menandakan inspection telah lulus dengan cemerlang tanpa ada rasa ragu-ragu lagi. Lepas dah tulis tu semua baru Mr. MCM tulis ke dalam satu sticker sebelum ditampal pada alat bacaan tadi. Lesen sah selama setahun. Depend pada owner tempat timbang tu la dia boleh bayar untuk berapa tahun. Tapi tak silap aku setahun sekali je kot.
Ini la rupa sticker nih. Kalau korang perasan kat stesyen minyak kat pam tu pun ada. Kalau sticker ni hilang kena jawab sebab boleh buat bisnes tau tak? Warna pink tu untuk alat timbang 5MT ke atas. Bayaran lesen dalam RM600. Ikut berat la.
Sejauh mata memandang. Hijau je semua. Tenang sangat. Sabak Bernam adalah salah satu tempat pengeluaran padi Malaysia juga.
Pemandangan lagi. Seronok juga sekali sekala lepak tempat macam ni. Tapi aku tak nak forever hidup kat sini, aku muda lagi. Tak de hiburan, melainkan petak sawah, bangau dan orang-orang. Tak mau.
Baby savvy ku lagi. Makhluk ini adalah rakan setugas ku pada hari tu merangkap jurukamera, bujang lagi. Siapa nak kenal dengan dia msg aku nanti. Tapi dia ni agak playboy juga. Kalau korang teliti betul-betul, kereta aku tak de roaadtax tu. Ahaks!
Pie adalah playboy yang besar, sangat besar.
Haruslah ada syok-sendiri moment! I like taking picture of myself.
Harus la aku enterprem ngn gaya yang ayu berlatar belakangkan pemandangan sawah padi menghijau.
Ala-ala miss fotogenik gitu. Boleh? Mesti ada yang tak setuju dengan statement aku ni.
Walaupun di tengah panas, aku tetap nak berposing. Ewah! Kerja luar memang best dari menghabiskan masa dalam pejabat.
Later...
salam. bagus entry ni..
BalasPadamdapat juga saya lihat kepelbagaian kerja yang menjadi sentuhan tangan wanita...walaupun secara tidak langsung..
hahahhaa nice view!!!aperkah ader sebalik savvy itu??
BalasPadam