Cari Blog Ini

Ahad, 6 Julai 2008

Puding Caramel on Satuday

Aku tak keluar ke mana pun. Aku dan Chenta mulanya planning nak ke zoo. Pelik betul dia ni, dah lama dia sebut-sebut nak pergi zoo. Tapi hari Sabtu tu, aku agak sakit perut. Jadi cancel, kononnya nak postpone hari Ahad.

Jadi hari itu, aku buat puding caramel. Chenta aku mengidam katanya. Lagipun dah lama aku tak buat puding caramel, jadi hari itu aku merajinkan diri. Chenta pergi beli bahan-bahannya. Aku tau korang mesti pandai buat puding ini, tapi tak kira, aku nak post juga. Ini ialah resepi turun temurun mak aku.

Bahan-bahan:-

10 biji telur gred A (kalau tak de gred A pun tak pe...) Pukul telur ini jangan sampai kembang, kita bukan nak buat kek pun. Pukul secukup rasa.

Susu sejat. Sebab ekonomi sekarang yang agak kronik, korang cari je susu sejat yang murah, rasanya sama juga. Tin itu nanti jangan terus buang, letak ke tepi.

Gula. Kalau korang tak nak susah, korang kacau gula ini dengan susu sejat tadi sampai gula tu larut sebelum masuk kedalam telur yang telah dipukul. Sukatan gula ikut suka hati korang, kalau suka manis letak banyak. Tapi aku guna 1/2 tin susu sejat untuk sukat gula.


Beb, disebabkan aku buat semua ini di rumah bujang chenta jadi perkakasan dapur tak berapa nak lengkap. Semua bahan-bahan tu aku campur dalam periuk nasi je. Seperti mana yang korang lihat, telur, susu sejat dan gula dimasukkan dan kacau. Jangan kacau sampai berbuih, itu yang akan mengakibatkan lubang-lubang udara wujud dalam puding caramel korang. Kacau slow-mo (perlahan-lahan). Hari itu aku tak letak esen vanilla, sebab chenta aku tak cerewet pasal bau-bauan telur ini. Tapi bagi korang yang rasa tak boleh bau hanyir telur itu, bubuhlah dalam 1 1/2 sudu esen vanila. Masukkan air lebih kurang satu tin susu sejat tadi. Kacau lagi.


Sekarang kita perlu masak gula sehingga cair dan perang. Aku guna 1 tin susu sejat tadi untuk sukatan gula. Bukan goreng dengan minyak, goreng kosong sampai cair. Hati-hati bila goreng gula itu. Sebab kadang-kadang dia suka hati je nak meletup, memercik. Kalau kena tangan melecur. Lepas dah cair warna perang cantik, korang masukkan ke dalam loyang. Gula cair ini cepat beku tapi panas. Boleh korang faham ayat aku ni?


Masa masukkan gula cair tadi, korang tak perlu nak letak cantik-cantik, somehow masa kukus nanti, ia secara otomatik akan cair dan rata dengan sendiri. Sebelum masukkan bahan yang telah dikacau tadi, korang tapis dulu supaya tekstur puding ni cantik dan gebu.


As i said ealier, ini rumah bujang. Jadi untuk mengukus aku menggunakan kuali yang telah diisi air. Tutup loyang itu. Biarkan ia dikukus selama... ikut la observation korang sebab hari itu aku masak hampir 3 jam. Kalau ikutkan, pakai periuk steamer yang betul, kita kukus dalam sejam pun dah ok. Cucuk la guna garpu, kalau garpu tu tak ada saki baki puding itu maka ia sudah sedia untuk diangkat.


TaDa. Siap juga dengan jayanya dan telah dimakan sedikit oleh chenta. Puding ini lebih sedap korang simpan dalam fridge dan makan masa sejuk-sejuk.

Any comment people??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...