TEMERLOH: Akibat menghadapi masalah dengan tunang sehingga urusan perkahwinan gagal diselesaikan, seorang lelaki nekad menembak dahi sendiri dengan senjata automatik milik bapanya hingga maut di Kampung Dala, Lanchang, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, Mubarak Jamaludin, 28, anak ketiga daripada lima beradik dari Kampung Dalam, dekat sini, nekad melepaskan tembakan itu ketika berseorangan dalam bilik tidurnya.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed, berkata kejadian hanya disedari ibu mangsa berusia 60 tahun selepas terdengar bunyi satu das tembakan dari arah bilik tidur anaknya.Berikutan itu, ibu mangsa bergegas ke dalam bilik dan terkejut menemui anaknya terbaring berlumuran darah di muka.
Katanya, Mubarak yang bekerja di tapak semaian milik keluarganya tidak sedarkan diri kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ahmad Shah (HSAS) di sini, untuk rawatan kecemasan tetapi disahkan meninggal dunia.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati senjata digunakan dalam kejadian itu milik bapanya berusia 63 tahun dan mempunyai lesen memiliki senjata itu. “Ketika kejadian, ibu bapa serta adik lelakinya berada dalam rumah tapi tidak menyedari dia mengambil senjata berkenaan sebelum melepaskan satu das tembakan. Difahamkan, lelaki itu mempunyai masalah berkaitan urusan perkahwinan dengan tunangnya yang gagal diselesaikan sebelum nekad menembak dahinya sendiri dengan senjata api berkenaan,” katanya di sini, semalam.
Dalam perkembangan sama, sepupu mangsa, Zulkifli Abdul Rahman, 43, berkata sebelum kejadian, dia sempat minum bersama Mubarak di sebuah warung, kira-kira jam 3 petang. Menurutnya, ketika itu, dia melihat sepupunya itu tidak banyak bercakap, sebaliknya asyik berbalas SMS dengan tunangnya dari Triang, dekat Bera. Katanya, sebaik selesai minum, dia bersama mangsa serta seorang lagi rakan terus beredar dari warung itu dan kembali meneruskan kerjanya.
Mesti korang tertanya-tanya apa relevan berita ini dengan diri aku. Mangsa yang meninggal ialah saudara aku sebelah abah. Innalillah... aku tak pasti nak bagi komen yang macamana. Patutlah abah rushing masa pagi Ahad hari tu. Ahad yang lepas adalah hari pendaftaran adik aku ke UTM, tapi abah tak dapat nak ikut sebab nak hadiri pengebumian arwah. So that particular night, abah pun cerita apa yang berlaku disebalik kejadian kelmarin. Kisahnya lebih kurang hubungan tak direstui, mendapat tentangan dari keluarga saudara abah aku ni. Arwah seorang teruna yang ingin menikahi seorang janda beranak dua. Akibat tekanan emosi, arwah mengambil keputusan begini.
Bunuh diri? Membunuh diri adalah dosa yang sangat besar di sisi Islam. Allah Taala berfirman:
“Dan, janganlah kamu membunuh dirimu sendiri.” (Surah An-Nisa: 29)Namun, sama ada hukum si mati yang membunuh diri itu terkeluar daripada Islam atau tidak, terserah kepada pengadilan Allah SWT. Bagi kita yang masih hidup, tetap menerima dia sebagai saudara muslim dan patut diuruskan secara muslim. Soal hukum bukan kerja manusia, sebaliknya serahkan pada ketentuan Allah menghukumnya. Keluarga si mati, terutama anak, boleh mendoakan kesejahteraan rohnya kerana hubungan si mati dengan anaknya tidak akan terputus.
Jadi korang dah baca berita ni, marilah bersedekah Al-Fatihah kepada arwah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...