Today is my mom's birthday. I nak wish dia.
When i called her this morning she said she was in BBU with abah. Taking their late breakfast. Aku nak cakap aku rindu kat mak tapi aku malu. Sebab mak memang trained aku supaya jangan manja-manja ni sejak kecil. Mak aku garang. So bila dah besar panjang ni, jadi kelu pula nak cakap sayang kat mak.
I'm a bit sentimental lately. I miss my parent so much! Last three days i rang up abah, and i cried like hell. So childish...! Memang rindu sangat-sangat. Okay out of topic pula!
We hardly celebrate birthday or any special event. My family aren't like others. Tak tau kenapa. Setakat keluar makan-makan lepas tu balik.
In my primary school dulu, aku agak tercorot. Math spoiled my world. Mak beli buku latihan matematik banyak sangat, and then she gave me due or timing to finish up my math. Lagipun mak kerja di bank masa tu. Math, math, math. Every day trained like that, i must say i can do well in Math rather than writing. Flashing back all the memories back years, aku seorang yang sangat memberontak. Suka melawan. Tapi kalau aku tak dirotan, tak disebat aku mungkin tak macam aku sekarang.
Sekarang bila dah kerja, duduk berjauhan dari family, aku rasa lain sangat. Teringinkan masak lemak ayam mak juga walaupun di kedai-kedai boleh buat. Bila dah besar panjang macam ini, beli popiah ke, kuih koci ke, mak punya juga paling sedap. Daus kata nasi ayam mak aku paling best yang pernah dia jumpa. Aku rindu nasi ayam mak aku.
Aku teringat masa aku nak masuk UiTM dulu, kan kena buat medical check up? Aku pergi dengan mak. Masa registeration orang kat kaunter tu boleh tanya aku "Ini kakak ke?". Marah...marah... Orang nampak mak aku muda lagi okey. No wonder abah boleh cemburu poyo lagi.
Itulah serba-serbi cerita mak aku. Banyak lagi keistimewaan dia. Gambar setahun yang lepas masa birthday abah. Mak suka sangat air kelapa. Nampak macam mak juga suka sangat pada budak-budak ini. Itukan tanda dia nak cucu...? Uwaa!!
Happy birthday!
aisehh..ni yang buat teringat kat mak nih..uwaa...i miss my mum too
BalasPadamsweet ayat mu syima...
BalasPadamselamat hari lahir utk mak awak syima. moga emak awak sentiasa sihat & sentiasa dilindungiNya.
BalasPadamtouching la plak entry ni.
BalasPadamanyway, happy besday to her. ko bg adiah apa weh. sibuk je nk tau.
p/s: adik bradik aku pun sama gak jarang bermanja2an ngan mak bpk. dua2 garang. huhuhuhuhuhu. bukan cam kebanyakan mak2 di luar sana.
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang mafhumnya:
BalasPadamAda seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?
Baginda menjawab: Ibumu.
Lelaki itu kembali bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab: Ibumu.
Lelaki itu terus bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab lagi : Ibumu.
Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?
Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.
firman Allah : Ertinya: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain daripadaNya dan kepada kedua ibu bapa hendaklah berbuat baik. Dan kalau salah seorang diantara keduanya telah mencapai usia tua, maka janganlah engkau mengatakan kepada keduanya ‘cis’ dan janganlah engkau menengking keduanya, tetapi hendaklah engkau berkata kepada keduanya dengan perkataan yang hormat. Dan turunkanlah sayap merendahkan diri terhadap keduanya dengan belas kasihan dan katakanlah: Tuhanku, kasihanilah kiranya keduanya, sebagaimana keduanya telah membelaku dengan penuh kasih sayang semasa aku kecil.” (Al-Isra’: 23-24).
BalasPadam