Aku berjaya melepasi dugaan dan rintangan kursus wajib ni. Cacat kesejapan. Well, masa untuk aku bercerita tak banyak hari ini sebab aku masih keletihan dan trauma minda.
Mari kita layan cerita aku masa mula-mula sampai ke tempat kursus. Aku keluar dari rumah dalam pukul 1100 pagi dengan perut yang kosong. Sengal. Semua preparation buat pagi itu sebab 2 Ogos 2008 ialah Hari Pengguna Peringkat Selangor dan aku menghadirkan diri dengan Chenta atas arahan bos. Cerita pasal Hari Pengguna tu aku akan cerita dalam entry yang lain kalau ada masa terluang.
Back to the story, lepas makan beberapa muffin di rumah Kak T, kitorang bergerak ke KL. Kebetulan aku bertolak dari rumah Kak T di Kajang, sebab hajat dihati nak check in serentak supaya dapat bilik sekali. Ye lah, aku tak bawa ubat gigi, shampoo, seterika, ingat nak kongsi-kongsi kan? Kitorang dah planning baik punya tapi sadisnya urusetia dah aturkan tempat penginapan. Jadi terpaksalah redha.
Nak cerita pasal muffin ini, Kak T sangatlah pandai membuat muffin ini kerana boyfriend dia suka makan. Aku pun suka makan. Tapi muffin hari itu agak sudah keras kerana dah sejuk bercampur dengan aircond. Salina kata muffin tu baling ke dinding pun takkan pecah. Tapi nak bagitahulah, muffin vanila + coklat inti chocolate chips dia sangat sedap. Cuma aku belum bersedia untuk belajar dari Kak T. Agak kelakarlah juga sebab kami terpaksa bertenggek makan tepi tong sampah sebab tak nak serdak dari muffin tu jatuh bersepah atas carpet.
Hurm, dalam satu bilik ada tiga peserta kursus, awal-awal lagi aku dah cop katil single tu. My room quite ok lah, agak luas dari sesetengah bilik yang macam padat sebab dekorasi dan built-in cupboard dia yang semak.
Day 2
Erm, kalau korang perasan Variasi itu adalah nama kumpulan aku. Pembahagian kumpulan dibuat dalam kelas malam pada hari pertama, hari yang aku melantak muffin itu. Urusetia yang aturkan semua. Variasi itu hasil persetujuan semua ahli dalam group aku dan nama itu dicadangkan oleh housemate aku, As. Huhuhu. Hebatkan teknologi? SMS lah penghubung kami.
Banyak lagi aku nak cerita. Excited nak cerita. Harap korang tak boringlah baca, tapi aku dah mengantuk tahap gaban. Sambung esok okay? ...kalau tak banyak kerja.
Later...
tp mmg ko da kurus skit la weh dr masa yang kita jumpa aritu. especially muka da tak tembam sgt..
BalasPadampherghhh...bangge giler sebab cadangan saye terhadap name group itu diterime...wahahaha!!!
BalasPadamtapi sekarang... udah naik balik beratnya... sedih..
BalasPadam