Cantikkan? Kemas betul hasil kerja Kak T. Sampai malam aku tak buka ikatan dandan tu sebab teruja.
Day 3
Tiada gambar untuk hari itu. Hari pertama dan kedua berlalu dengan santai. Urusetia bagi penerangan serba sedikit untuk malam-malam seterusnya. Malam untuk mencabut undi - tajuk untuk kerja berkumpulan bagi pembentangan berkumpulan nanti. Apa yang mendebarkan ialah pengucapan awam yang telah pun bermula pada pagi hari ke 3 ini. Dup dap dup dap jantung aku. Yang kelakar tu, giliran aku mungkin terkena esok paginya atau petangnya tapi ketakutan sudah dirasai sehari sebelumnya. Member kiri kanan pelik tengok aku cuak. Aku pun cuak dengan diri sendiri.
Day 4
Pagi-pagi lagi dah seram sejuk menanti giliran untuk membuat pengucapan awam ini. Muka je harap brutal tapi penakut. Kantoi akhirnya aku ialah seorang yang penakut. Kalau korang ada sebelah aku masa tu, korang taulah betapa kelakarnya seorang minah brutal macam aku ini, pucat habis tangan-tangannya kerana takut. Tahap sejuk beku aku mengalahkan daging yang disimpan dalam fridge. Warna kuku pun dah bertukar ungu. Ish! aku tak sangka aku macam ni penakut.
Ok tak muka bersahaja aku ini? Kontrol macho ler, padahal hanya tuhan yang tahu betapa pantasnya degupan jantung aku. Aku takut!! Ini time rehat, lepas waktu makan tengahari. And i expecting my turn will be next in a few minute time. Takut!!
Adalah satu penceramah ini, dia kata aku muka garang dan seorang yang serious. Intonasi aku pun (suara) garang. Garang ke? Tapi apalah maksud garang itu sekiranya penakut nak bercakap depan 125 orang peserta kursus. Psiko je aku ni.
Aku bajet masa tak kan sempat. Ini antara pose-pose mengelabah aku. Kejap-kejap tengok hp, hantar sms, buat-buat pay attention pada penceramah, gelakkan orang yang buat public speaking. Macam orang tak betul dah. (Thanx la Nedd kerana candid gambar aku!!) Pukul 4.30ptg akan start balik pengucapan awam bagi sesi yang ke 4 kalau tak silap. Dan nama aku antara kena atau tak.
Tapi sangatlah tahi kucing kerana nama aku disebut juga sebagai giliran terakhir untuk petang itu, dan ini hasilnya...
I'm reading the text!!!
Ye... silalah komen. Walaupun aku pernah menjadi MC untuk majlis sekolah peringkat Selangor, tapi ketakutan untuk berucap depan-depan rakan-rakan seangkatan lebih terserlah.
Tapi tak kisahlah. Yang pasti aku pulang ke bilik pada petang itu dengan satu perasaan yang LEGA!! AKU DAH LEPAS!! Aku berlari-lari keriangan dalam bilik membuka tingkap bilik di Tingkat 5 itu dan menjerit "KL!! Aku dah lepas azab ini! Aku gembira!"
awat tak boleh tgk pun video tu. sume org kene bg ceramh ke? klu ada text tak yah la takut. ingat kot kene hafal. mmg la gelabah...
BalasPadamhaha...memang takleh blahh...
BalasPadamramai sangat backup tu yg bleh wat menggelabah tu kan?
tak leh tengok..? jap.. nanti hang try lagi.. aku rasa aku terprivate kan menatang tu...
BalasPadamsbnrnya mana leh tengok teks... kira aku kena potong markah sket la...
leh la ganti makcik rapidah aziz bila dia turun kerusi ketua wanita nanti.muehehe...
BalasPadam