Cari Blog Ini

Khamis, 14 Ogos 2008

Tolong namakan masakan ini

Well dear friends, as today i don't have mood to update my Part III on kursus induksi umum story-telling.
Will update later... soon...

Setelah kebosanan melanda semalam akibat keterlampauan memakan oat campur susu pekat manis dan susu anlene coklat, aku dan as bercadang nak masak malam ini. Bujang-an hendak memasak, okay?

Nak masak sesuatu berasaskan oat. Oat bagus untuk kesihatan, kan kawan-kawan? Surf segala mak nenek website mengenai resipi tentang oat. Masuk website Martha Stewart (tak hengat...mengada-ngada), AFC (Asian Food Channel), My resipi, Mesra.net dan sebagainya.

Tapi ini yang jadi...


Ha... mesti korang fikir mee mamak. Silap tekaan korang itu. Ini ialah spaghetti. Tapi masak apa, aku pun tak tau. You name it. That's why aku letak post title yang begitu.

Bahan-bahan:
Ikan bilis yang telah dikopek isi perutnya







Bawang besar yang telah diracih halus, tak halus sangatlah







Cendawan tiram kelabu, atau cendawan yang lain-lain mengikut kegemaran korang






Bebola ayam atau apa saja bebola yang anda rasakan kena pada selera anda






Lobak asin, our favourite!!








Spaghetti
Sayur campur
1 biji telur
Sos tiram
Sos cili
Sos lada hitam
Kicap cair
Secubit garam

Bahan-bahan ini adalah bahan-bahan "terjah" yang terdapat dalam peti ais rumah kami.

Goreng bahan-bahan tadi seperti lobak asin, bebola ayam, ikan bilis, sampai agak garing dan rangup secara berasingan. Ikan bilis tadi hendaklah ditumbuk atau dikisar.


Masak semua sos tadi. Sukatan mengikut suka hati korang semua. Sementara itu rebuslah spaghetti anda dan toskan. Setelah sos tadi agak mengelegak dan likat, masukkan semua benda dalam senarai tadi kecuali cendawan. Cendawan masuk last sebab kalau kita bubuh awal-awal nanti jadi lembik sangat. Tak best dah. Agak-agak bahan-bahan tadi dah gaul rata baru masukkan cendawan dan last sekali telur. Masukan spaghetti dan wallah! Boleh ngap-ngap oredi.

Ada beran (berani) mencuba?

As masih makan walaupun cerita di tv dah tukar banyak kali, secara terus terangnya dia dah tambah 3 kali. Korang bayangkan betapa hoo-liau resipi kami ini.

Silalah mencuba resipi orang bujang ini.

9 ulasan:

  1. Aku namakan Spaghetti Sedap Tak Sengaja oleh Chef Syimalicious. Baut semula mesti tak boleh dapat rasa yang sama punya pasal.

    Salam perkenalan

    BalasPadam
  2. cam meriah jer masakan ni. bkn tak berani nak cuba kang aku masak kang aku sorang je yang makan laki aku confirm tak mkn. susah skit mamat tu kekadang. heheheheh

    BalasPadam
  3. rupa macam sodap...mesti rasa pun best gak kan...kak syima mee goreng mamak satu..eh bukan ke?hehehe

    BalasPadam
  4. spagget gureng ala thai+malaysia+mamak style...huhuhuu...

    BalasPadam
  5. wow...tak terkomen :D

    btw, thanks for visiting my blog :)

    BalasPadam
  6. Shimi - anda orang pertama memberi nama spaghetti sy ini. Nama itu akan diconsiderkan dalam masa terdekat.

    izan - ini bukan selera orang itali. tak de puri tomato pun... pening kepala plak orang itali itu.

    cintamiloais - gambar nya nampak macam mee goreng mamak kan? tapi ini taruk spaghetti... huahuahua ala2 western gitu

    rieha - thnx for the name... spagget yer?? huhuhuu

    13may - tak terkata apa?? nak kutuk ke nak puji? cheers!!

    BalasPadam
  7. bila tengok gambar tu..isk ampak sedap semacam je. terasa juga nak cuba tapi cuba makan jer (malas nak masak)..

    hii rajin juga syima masak ya.

    BalasPadam
  8. cikgu, kerajinan cuma akan melanda bila perut menyanyikan lagu kelaparan. kalau tidak saya pun malas nak memasak. duduk bujang rasa macam rugi masa dan tenaga je memasak, sebab yang nak makannya tak ramai....

    p/s: jangan terpedaya ngan gambar makanan sedemikian rupa...

    BalasPadam
  9. hahaha~~!!!

    mcm2 nama ader ekk...haha!!

    bleh jugak la nak nyelit...

    saye la yg tambah sampai 3 kali tuh...saye letak nama...spaghetti yang meriah...

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...