Isnin petang tu, aku dapat panggilan... invitation berbuka di Hotel Quality, Kuala Lumpur bersama yang tersayang. Haruslah terima pelawaan itu!
Kereta mafia aku memecut dari Kuala Selangor di celah-celah kebanjiran kereta yang pulang dari kerja untuk ke KL. Korang tahu berapa minit aku buat? 1 jam beb!! Of course lah aku nak berlagak sebab time tu memang peak hour orang balik kerja. Aku redahkan jua untuk bersama tersayang.
Aku bajet sampai pukul 7pm, tapi dah tersampai awal, aku lepak di bilik 1709. Ini view petang dari tingkat 17 sementara menunggu tersayang bersiap. Apalah.. ini pun nak snapkan?

Antara panel-panel yang hadir dalam forum berbuka puasa.
Aku agak mati kutu kerana mereka membincangkan topik-topik semasa Malaysia; dari isu pendidikan, kepada politik, renovation rumah dll. Men's talk.
Ada berpuluh-puluh hidangan yang tak sempat aku makan sebab perut dah terlalu kenyang. Sedih tak dapat rasa semua. Tapi yang penting...
Aku dah lama mengidam Dim Sum, akhirnya penantianku selama ini tak sia-sia. Aku dapat juga merasa setelah hampir 5 tahun!
Dengan menggunakan kuasa hikmat pantulan dari pedang setiawan, aku berjaya mengambil gambar kesayanganku yakni ABAH!!
Mesti korang ingat kesayangan hamba ialah Chenta?? Kan?
wow dim sum tu nmpk sedap..
BalasPadamsangat suka dim sum.nyum..nyumm...