Instagram Shots

Rabu, 24 September 2008

Duit raya

Bila dah bekerja, turn kita pula untuk bagi duit raya. Letih! Budak-budak sekarang bukan tahu bersyukur kalau kita bagi RM2. Siap cebik lagi, punya eksyennya. Ahh! Lantak, aku nak letak juga dalam sampul raya RM2. Itupun dah cukup baik aku tak bagi 50sen.

Semalam, dengan bantuan rakan sepejabat, dia ke bank untuk tukar duit. Korang tengoklah apa bank tu bagi?



Ahaks! Tahun ini aku tak tukar banyak, RM100 saja dalam not RM1. Abah kata tak perlu tukar banyak-banyak. Fuh! Selamat...


Bukan duit baru! Alasan bank sebab Bank Negara tak keluarkan duit baru lagi. Kalau ye pun duit yang pernah digunapakai, pilihlah sikit. Ini ada yang dah hitam berdaki. Tak feel langsung.




Korang nak duit raya? Nah, ambil ni buat duit tabung nanti.
Jangan lupa tempek di blog korang lagi okay?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...