Cari Blog Ini

Selasa, 28 Oktober 2008

Life Mein Kabhie Kabhie dan Sivaji The Boss

Siapa tengok cerita ni kat TV2 semalam? Hahaha katanya Deepavali. Banyak lah cerita-cerita Tamil & Hindustan.

Memandangkan cuti umum semalam, aku tak ke mana pun. Bersantai di rumah saja. Tengahari rasa lapar, pergi makan dekat open house. Kebetulan sangat ada jemputan. Itu dinamakan rezeki. Balik rumah tengok cerita Hindustan.

LIFE MEIN KABHI KABHI
Housemate aku tak berapa layan Hindustan, itu yang membuatkan aku pun dah lama tak tengok cerita Hindustan ni. Pertama: malulah kalau orang tahu kita tengok cerita tipu, tumbuk hero tak mati, peluru tak pernah kena hero dsb. Kedua: Nanti orang kata poyo pula, sebab cerita Hindustan sinonim dengan adegan syahdu yang secara tak langsung membuat kita menangis sekali. Tapi cerita Hindustan sekarang dah tak banyak main tumbuk-tumbuk. Dah pandai masuk adegan-adegan panas yang mengghairahkan.
Lagu yang pada aku sangat feeling ialah lagu Hum Khushi Ki Chah Mein. Sila dah download untuk dengar sendiri dan sinopsis cerita ini. Gigih tao aku mencari. Hahahah dah sampai mood jiwang!!

SIVAJI THE BOSS
Cerita ni lagi tak boleh blah. Dia ni lah hero. Kata hero, baling ke dinding pun pengsan je, kena electric shock pun tak mati. Kan dah cakap, cerita depa ni banyak merapu. Tapi jalan cerita dia banyak isi untuk kita adapt dalam kehidupan. Macam nak diaplikasi je kat Malaysia. Siapa sanggup jadi macam dia, yang berani memperjuangkan hak rakyat? Yang menghapuskan korupsi dan hipokrasi pihak atasan kerajaan yang tahu makan suapan je? Asal nak buat development atau apa-apa je lah kena ada "duit poket" masuk kat certain-certain parti. Macam shial kan? Kasi bunuh orang-orang macam tu!! En Sivaji, tolong selamatkan MALAYSIA!! Yang tak berapa best dalam cerita ni bila si isteri boleh ada sifat percayakan dengan orang luar. Tak baik macam tu, kita sebagai isteri tak boleh meragui si suami melainkan sejarahnya dah memang puaka.(Ceh wah... cakap macam dah ada laki je aku ni..) Dalam filem ni, si Sivaji ni amatlah berbakti dengan semua orang. Kiranya malaikat lah tu. Patutnya si isteri kenalah percayakan??
Part yang paling aku suka bila Sivaji ada style masukkan duit dalam poket dia. Bergaya beb.

Oklah, nyamuk dah start main pusing-pusing kat badan aku ni. Kang ada yang kena sawan nyamuk ni. Aku chow dulu.

7 ulasan:

  1. Wah saya rasa syima memang khusyuk abis tengok filem Sivaji tu... Sivaji tu memang dari dulu lagi hebat dengan 'gaya' yang entah apa-apa tapi gaya itulah yang menceriakan dan membahagiakan rakyat tamil sana tu.. Sivaji tu dah jadi idola. Tiada dua.

    Saya suka tengok bab gaduh gaduh, terbang terbang tu.. ada macam filem matrix kan. hehe

    BalasPadam
  2. laki aku tgk smlm.. mmg takleh blah.. haha dia kata part lawak.. yang time nyanyi.. naik moto. tak pegang handle, pakai kaki je.. then.. sambil2 nyanyi tu.. ada villain tembak dia kot celah fountain, dia nak tembak balik.. macha tu nyorok.. and funny part is.. dia baling gun dia mcm boomerang.. hahahah.. bodoh sial!..

    anyway.. aku rasa sivaji the boss is fun movie to watch.. LOL

    BalasPadam
  3. cikgu rashid ~ itulah pasal... belum ada drama or filem melayu yang macam cerita sivaji ni... saya memang khusyuk abih!! hehehe

    emilia ~ tak boleh blah cerita tamil ni... gelak tawa penawar duka... gagagaga!!

    BalasPadam
  4. huh, lama tak layan industan ni. yela mana nk cr citer industan kat sini. lgpun takdak masa la 3jam nk mengadap tv. pastu tangkap leleh lak aku ni tiap kali tgk hindustan. maklumla sensitip. hahahahhahahahah

    BalasPadam
  5. Best gak pe cite Sivaji tu... Walaupun menda tu cam angan2 yg agak impossible untuk di capai... Ahahaha... Mari xchange link~~~

    BalasPadam
  6. izan ~ ko downloadlah... rugi siot kalau ko tak isi masa lapang ko tu ngn hindustan.. sekali sekala je.. tak pun cari cerita sivaji... ala tamil la sekejap...

    dark light ~ cerita tamil bising dan merapu tapi menghiburkan kadang-kadang...

    BalasPadam
  7. hehe!!ekceli saye mmg penggemar citer tamil sejak zaman dahulu kala lagi...tapi tu laa...kak syima bukan nak panggil saye join tgk sivaji the boss tuh...huhu...
    elok kuar bilik tgk citer tu cam dah nak abih je...frust la jugak sikit... =p

    hindustan nih saye kureng sikit...tapi citer yang petang tu memang takleh blah...hehe...

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...