Cari Blog Ini

Isnin, 10 November 2008

Gigi punya hal

Aku baca blog cik adik ini. Rasanya macam ramai je blogger yang sakit gigi sejak akhir-akhir ini.

Last week aku jalan-jalan cari breakfast, tiba-tiba hati terdetik nak kunjungi pusat kecantikkan gigi. Gigi pun tengah tak buat hal, so cadang-cadang nak pergi check pula kat tempat yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan.

Bukan apa, since aku pergi buat tampalan di klinik swasta ni, rasa macam kena tipu pula. Siap simen yang dia tampal tu main tanggal-tanggal. Aku frust. Aku nak cuba nasib kat sini pula.

Okay, seperti sedia maklum, tempat yang free sentiasa dipenuhi orang. Aku menunggu nombor sejak pukul 8.30 am tau? Itu baru tunggu nombor, belum tunggu nombor nak dipanggil pula.

Penantian itu satu penyeksaan. Dah berapa kali menguap. Aku tengok semua datang berteman. Mak temankan si anak. Isteri temankan si suami. Masuklah satu kapel ni, rasanya belum kahwin lagi, pun saling berteman. Girlfriend dia sakit gigi. Sweet je kan? Aku layan perasaan. Tiba-tiba aku sedih kenapa Chenta tak teman. Dalam melayan perasaan, aku bermesej dengan kawan aku menyatakan kesunyian tidak berteman. Poyo je ayat. Alih-alih Chenta call, dia dah ada di klinik! Dah tak sentap lagi. Suka hati!

Akhirnya nombor aku dipanggil. Pintu 2 menyaksikan aku diperiksa. Doktor dan assistant kedua-duanya lelaki, muda. Wow! Doktor periksa, bunyinya macam banyak je gigi aku yang problem. Doktor kata kena cabut. Aku trauma dengan jarum bius. Assistant kata kalau tak bersedia, jangan buat sebab urat saraf aku tengah kejang. Dia suruh tunggu kat luar. Tunggu lagi...

Aku dipanggil balik. Dibius. Kali ini aku kena 3 jarum bius je. Masa menunggu gigi kebas, perut pula berbunyi. Haih.. lupa nak makan pagi rupanya. Tepaksalah tahan.

Masa doktor cuba menarik gigi aku keluar, macam-macam jadi. Aduh! Tak dapat dibayangkan kesengsaraan itu. Chenta yang menunggu naik kesian tengok aku. Berapa kali keluar masuk pintu tu. Kesian doktor sampai berpeluh-peluh. Aku berhadapan beberapa kesulitan (wah... macam kesusahan nak beranak je?) dan akhirnya 12.30 tengahari doktor kata dah cabut tapi tunggulnya masih tertinggal di dalam. Dah kata gigi geraham. Akarnya memang kuat. Serious tak sakit masa doktor buat kerja. Smooth je, tapi aku tak larat nak nganga.

Doktor bagi MC dan ubat. Doktor pesan minggu depan datang lagi kalau ada apa-apa perubahan. Settle! Aku dah berjaya buang gigi yang bermasalah. Tapi aku sedih, aku dah tak ada gigi geraham. Aku membayangkan kesusahan yang bakal aku hadapi nanti, dah tak boleh nak kunyah KFC, nak makan best-best. Sedih.

Tapi, lepas kesengsaraanku!!!

5 ulasan:

  1. muahaha sudah hilang itu sakit ya???gumbira??

    BalasPadam
  2. Owh...kita senasip...dah tarak gigi garham...seksa nak mkn daging and sewaktu dgn nya...

    BalasPadam
  3. rieha + ara ~ jgn berasa gembira dengan perkhabaran ini... tunggu cerita selanjutnya...

    BalasPadam
  4. aku bab gigi ni mmg la takut. ingat nk pi cuci gigi bab gigi da berkarat. 4 tahun tak pi jumpak doktor gigi. tp dok kecut perut tiap kali dok pikir nk pi jumpa doktor gigi. uhuhuhuhuh. sabo jer la...

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...