Cari Blog Ini

Jumaat, 14 November 2008

Gigiku buat hal lagi!

Ya Rabbi!

Seksa dan bahana betul gigi macam ni. Aku ingat aku dah baik, sihat walafiat.

Kawan-kawan, inilah berita burukku. Selepas eksiden itu, aku terus ke klinik. Tak tahan lagi menanggung rindu kesakitan yang amat sangat! Sakit deliver baby macam ni kah?? Setiap jam berdenyut-denyut, ubat dah habis, terpaksa beli ubat kat luar. Ntah ubat betul ke tak.

Sampai di klinik, macam biasa menunggu no giliran. Banyak perkara berlaku. Ragam manusia. Aku tak mau cerita pasal tu, tapi nak fokus pada cerita gigi aku. Bila nombor aku dipanggil, tanpa membuang masa aku masuk. Time buka pintu je, aku nampak doktor tu,
Aku: Doktor, saya masih sakit-sakit. Rasanya makin worst!
Doktor macam blur, sebab masa periksa aku hari tu aku berpakaian kerja. Assistant dia bagi tau "Undone".
Dr: Ok, duduk. Kita periksa dulu (dengan lemah lembut)....sekejapan kemudian.... Patutlah sakit, sisa makanan banyak terselit.Aku: Saya lapar sangat doktor, mana boleh tak makan. Nak cari bubur, mana ada kedai buat. (kantoi, mesti doktor tau aku tak memasak). Saya sakit sangat ni.
Dr: Saya bius dulu.
Alamak... bius lagi!
Doktor main-main korek-korek. Korek gigi ok?? Sikit-sikit dia tekap gigi aku dengan kapas. Nampak darah. Masa tu dia rodok-rodok camana pun aku tak rasa dah. Dia keluarkan playar dia pula, cuba tarik.... tak boleh.
Dr: Awak keluar dulu, nanti saya panggil.
Kali ini aku dipanggil masuk kerana nak di Xray! Aku pun teruja nak tengok panjang mana tunggul yang tertinggal. Nah korang, aku lukiskan untuk tatapan korang.


Sila click pada gambar untuk preview yang sedap mata memandang

Slide xray dia cinonet je, tapi memberi seribu maksud. Mata aku berkelip-kelip mohon penjelasan. Aku rasa satu saja gigi yang sakit. Tapi macam ada lagi kat belakang dia.
Dr: Gigi bongsu awak dah bertindan. Itu sebab awak merasa sakit. Dia menolak akar gigi yang sedia ada kebawah.
Assistant: Minor operation.
Mata aku terbeliak. Aku tak faham, atau pura-pura tak faham.
Aku: Apa?
Assistant: O-pe-ra-tion!
Dr: Awak jangan takut, benda ni tak ada apa-apa, so saya keluarkan surat refer ke pakar. Klang atau Sg Buloh?
Aku: Saya tak faham. Saya ingat yang doktor buang ni gigi terakhir saya, my wisdom tooth. Camana boleh jadi macam ni?
Dr: Gigi bongsu awak belum tumbuh lagi. Umur awak berapa?Aku: Kalau operate boleh tak selamatkan yang bongsu?Dr: Saya rasa tak elok juga, sebab kedudukan dia dah senget macam tu, kalau operate, kita buang dua-dua sekali.
WAH!! Aku ingat dah tua bangka macam ni dah habis tumbuh gigi.

Aarrggghhhh!!

Nantikan episod seterusnya...

5 ulasan:

  1. bukan ko sorang jer la... mirko pun tumbuh gigi bungsu masa dia umur 33 thn. hahaahhahaha. sama la korang. da tua2 bangka baru nk tumbuh gigi....

    BalasPadam
  2. ko tua tapi berjiwa muda kot.. tu psl gigi nak tumbuh. hahaha

    BalasPadam
  3. aku pun dok mcm ada gigi berlubang nih...malas betoi nak gi dentist

    BalasPadam
  4. gigi bungsu tumbuh lambat..gigi paling costly sbb slalunya kena cabut...sy pun prnh cabut 1 gigi bungsu..seksa rasa masa tu..:(

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...