Cari Blog Ini

Ahad, 30 November 2008

Minor operation - The trilogy (Part 1)

Dah nak masuk hari ke lima selepas aku cabut root hari tu. Ramai yang tanya how's my tooth. Thank you. I am very grateful to know how concerned you people to me. Well dear, I have to admit, i am suffering but it much better now. Currently agak rimas dengan benang yang asyik bermain-main di dinding pipi dan lidah aku. Wound pun nak recover dah, the thing is kat gusi tu macam ada daging terlebih. Huhuhu, petanda nak baik dah kot. Tapi nak gelak besar-besar, menguap luas-luas sangatlah merana.


Lepas aku hit kereta orang dalam episod yang lepas, aku ke klinik. Then memang confirm yang aku kena buat minor surgery di Hospital Sg Buloh. Terbeliak sekejap mata aku pada doktor hensem tu. Tapi doktor kata, by hook or by crook aku wajib ke sana otherwise aku akan berterusan menanggung kesakitan. As you can see doc gave me the letter. Susah benar nak membaca tulisan doktor ni, melainkan perkataan segera yang bermaksud SEGERA! Scary.

Aku gagahkan juga melangkah kaki untuk pertama kali. Dulu masa lalu highway utara - selatan, aku cuma memandang dari jauh hospital ni. Sekarang aku menjejakkan ke sana untuk berjumpa dengan pakar. Lupa nak cakap. Aku disarankan untuk direct ke pakar. Bukan doktor-doktor biasa ni. Dalam kes macam ni Chenta nak ikut sekali. Haruslah kan? Walaupun aku tau dia nak usha nurse-nurse yang majoriti muda dan sopan.





Ahhh... prosedur kerajaan sememangnya mengambil masa. Chenta semakin bosan dan creepy menunggu giliran aku. Mana tak creepykan, pusing kepala ke kiri kanan ada gambar gigi dan surgery yang dorang buat.


Tapi agak huru-hara juga lah. Sekejap kena turun tingkat bawah. Lepas tu naik balik. Masuk bilik ini. Keluar bilik itu. Haih. Haritu di Klinik Pergigian Kuala Selangor alat x-ray mereka tak secanggih yang aku buat ini. Aku kena berdirilah ceritanya. Dan aku kena gigit something kat situ, then the machine round my head. Pengalaman tu!






Maka, setelah checkup dibuat oleh seorang doktor wanita muda lagi menawan, aku telah ditetapkan untuk dapat membuat cabutan gigi pada HARI JADI aku!! Serious aku rasa macam membazir masa. Aku ingat pergi situ terus cabut. Ada lagi appointment. Sedih siot menghitung hari, bukan nak celebrate birthday tapi nak cabut gigi.

4 ulasan:

  1. memang lama nak tunggu x-ray cam sial doktor, hulur duit baru cepat swasta lagi celaka.doktor semua sumpah hipokrit kat malaysia ni. semua nak duit.orang jadi doktor pun sebab duit.ni realiti nyer.aku biasa keluar masuk hospital settle kan kes prosedur diorang betul nak buat aku spine buster diorang.

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...