Cari Blog Ini

Selasa, 2 Disember 2008

Minor operation - The trilogy (Part 3)

My visit kali ini tak diikuti oleh Chenta. Tak pe lah, dia tak ikut pun tak pe. Daripada aku syakwasangka menyangka dia tengok nurse-nurse kat hospital tu. Ikutkan itu hak dia, aku dengan dia pun tak ada apa-apa ikatan pun. Poyo je nak jeles-jeles.

So, i'm nervous like hell. Takut.

My appointment was at 10.00am. Orang dah ramai.

Di ruang menunggu Klinik Pakar Bedah Mulut, I'm waiting and keep waiting.

Hampir pukul 12.00tgh, aku dipanggil masuk ke bilik no.7. My heart beating faster then ever. Ada 2 -3 orang menunggu kat dalam bilik tu. Kali ni doktor lain yang check, berumur sikit, perempuan. ada dua orang nurse atau doktor praktikal, lelaki dan perempuan. Berdasarkan x-ray aku hari itu, dia kata kena cabut 2 batang gigi. Aku diminta baring. Dan kali ni juga aku disarung baju hijau. Topi yang menyerupai shower cap warna biru. Gaya betul-betul macam orang masuk bilik operation. Cuma tak ada sesiapa menunggu di tepi pintu bilik operation.
Aku dah pesan pada diri sendiri, pejam mata. Tapi aku terpandang pula pada jarum yang 2 inch panjang tu. Terus beristighfar, berselawat. Masa tu la baru ingat tuhan. Kalau tak asyik nak carut je. Nyet! Cucuk dalam mulut aku. Doktor ni laju gila buat kerja dan agak tegas. Takut aku, mana tau ter-careless. Salah cucuk, hidung aku yang kebas.

Gila kartun laju doktor ni buat kerja. Ubat kebas tak sempat 10 minit, dia dah terpa godek mulut aku. Dia arahkan nurse masukkan satu besi macam versi kuku kambing dalam mulut aku untuk luaskan bukaan mulut aku. Dia mula buat kerja, aku dah tak buka mata lagi lepas tu. Tiba-tiba aku rasa ngilu, kena drilling. Aku rasa ada playar masuk dalam mulut, cuba tarik, tapi gagal. Tarik-tarik, pusing-pusing... aku rasa sakit. Doktor bius lagi. Dah 6 kali cucuk ubat dah. Dia cuba lagi tarik dan pusing, argghh!! aku masih lagi rasa sakit. Tak la sakit macamana, aku takut. Doktor pun jadi takut. Jahat aku ni. Doktor kata, kat situ area nerve aku, so tak payah cabut. Pulak?? Diorang dah buat keja halfway lepas tu cakap tak yah cabut?

Bunyi peralatan besi berlanggar. Betapa lajunya doktor ni buat kerja. Aku rasa semacam tali menekan-nekan pada bibir aku. Lepas tu siap. Aku dengar suara jantan cakap. "Ok dah siap!" Aku buka mata pelahan-lahan. Macam tak percaya. Yang lelaki itu cakap " Aloh, manja sangat! Mana ada sakit kan?" dalam slang pantai timur. Boleh macam tu? Aku gembira masa cabut akar gigi tu aku tak rasa apa-apa. Aku kena 5 jahitan.

Beberapa seketika bila ubat bius dah abih, aku cacat. Sakitnya even ponstan pun tak leh lawan. Perut lapar. kepala dah berdenyut-denyut. Mujur ada driver. Since then aku makan semua yang telah diblenderkan terlebih dahulu. KFC blender. Nasi lemak blender. Burger blender. Korang percaya?

Tak ada dia, aku tak tau lah sampai Kuala Selangor ke tak. THANX SABREENA!

Aku tengah kemam kapas. Darah tak hengat. Bengkak kat pipi ni tak surut walaupun dah nak sampai hari terakhir Nov. Orang ofis cakap aku simpan makanan kat situ. Gila jahat.

5 ulasan:

  1. ngilu perut aku baca entry ko kali ni. takutnyer...

    BalasPadam
  2. wei..gila ngeri..dua2 cabut ke..or ko cabut satu jer..menakotkan..

    BalasPadam
  3. EEEEEEEEUUUUUUUUUUUUuu.. ko ni kan shima.. saje je tulis cite kasi buat org lain ngilu jugak..

    tak rela aku baca sme posting ko kali ni.. main skip2 je.. melompat2 aku baca terasa ngilu tau!!

    BalasPadam
  4. IZAN : tak de apa yang ngilu... citer aku je macam tu...

    huda : ko pun penakot kan?? doktor bios la..

    emi : semua orang ngilu ni apasal?? semua orang akan merasa sakit gigi ni.. tunggu je la...

    BalasPadam
  5. yeahhhh! you rock bebeh, cayalah!

    \m/ d(-_-)b \m/

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...