Cari Blog Ini

Isnin, 19 Januari 2009

Lain kali jangan kurang ajar ya?

Aku dapat email.


Salam sejahtera,

Berkenaan aduan puan mengenai salah laku anggota pejabat pertanyaan Balai Polis Kuala Selangor. Maklum balas yang kami terima dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor memaklumkan bahawa anggota tersebut telah diberi 'surat teguran' agar lebih berhati-hati dan mengawal emosi ketika bertugas dan berhadapan dengan orang awam.Diharap puan berpuashati dengan penjelasan ini.

Sekian, terima kasih.

Pegawai
e-Aduan
Bukit Aman.
Ok, bukan nak riak, ini kira sebagai satu pengajaran untuk kita semua. Tambah-tambah penjawat awam. Kamu nak terpukang, terkehel, sakit hati, itu biar menjadi internal problem. Jangan terbawa-bawa emosi tu ketika berhadapan dengan public.

Kes ini tercetus semasa aku nak log satu repot polis di IPD Kuala Selangor. Laporan polis ini adalah sebahagian dari ISO untuk melengkapkan kertas siasatan. Aku ada saksi. Kawan pejabat juga.

Korang bayangkan, kita tak dipelawa duduk, senyum pun tidak, diherdik pula lagi. Mana pergi budi bahasa? Apa dah jadi dengan motto polis MESRA, CEPAT, BETUL?? Jangan fikir kerana kamu dari badan beruniform yang mempunyai kuasa, kamu sewenang-wenangnya tunjuk belang pada public. Tak tau ke kamu, kadang-kadang yang mengadap di meja kaunter pertanyaan itu bukan calang-calang orang? Mungkin peguam, hakim, guru besar, atau orang macam AKU?

Aku bukanlah nak minta disembah, dilayan seperti dewa, tapi treatlah sebagai manusia. Jangan main herdik je. Inilah akibatnya. Sejauhmana benar mereka mengawasi dan memberi surat teguran kepada anggota tersebut, aku pun tak pasti. Tapi mudah-mudahan anggota tersebut mendapat pengajaran.

Jadi, sengal macamana kita pada public, SENYUM. Itu yang terbaik.

8 ulasan:

  1. bagus jugak ko buat mcm tu..kadang2 byk gi kaunter2 yg tak mesra alam ni..mulut tu moncong je..muka masam je memanjang...mmg takde etika langsung diorg ni..

    BalasPadam
  2. yeahh..bravo2
    polis2 nie mmg camtu
    tak hormat org
    konon2 besar sgt ar diorg jd polis tu
    nyampah!

    BalasPadam
  3. APsal ni babe?
    Ko nk buat report mende?

    BalasPadam
  4. hoho.. aku pernah kene sekali.. tp tatau la plak camner nak wat aduannye.. so ley tlg senaraikan cara2 senangnye? ehhe

    BalasPadam
  5. aku nakal ~ masuk website pdrm, kat situ ada e-aduan, kamu repot lah, pastikan kamu dah amek no badan pada anggota itu. ok?

    BalasPadam
  6. ape ko nk heran...aku pn penah kena jgk.....nk g buat report....polis tu ye x ye jek layan....sakit hati tapi sbb tpaksa...aku tadahkan jugak muka....siap smoking lg dlm balai...camne nk RESCPECT?sndri mau igt....

    BalasPadam
  7. btol tu nokk....dorg ni eksyen je lebih...aku pon keje jumpe ngan org luar gak..n mewakili comp aku...kalo kite yg kat kaunter depan ni pon wat camtu kat org..kalo org lain wat kat kite cane??mesti kite sakit ati kan..nasib baik ko bijak nok nak wat report psl tu...baru dorg tau....

    u go girl...

    BalasPadam
  8. ha kau.... padan muka polis tu.. mentang2 polis kan.. suka2 dia je buat cam2..

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...