Cari Blog Ini

Rabu, 4 Februari 2009

Gimik Politik U dengan kepala babi

Babi lagi!
Seperti semua yang sedia maklum, dah beberapa kali cerita kepala babi ini keluar di dada-dada akhbar dan berita.

Aku dah terdengar-dengar isu kepala babi di sebuah surau di UM sebulan lepas, cuma was-was sumber itu tulen atau tidak. Biasanya cerita-cerita sensasi macam ini akan muncul dalam saluran-saluran utama media massa. Tapi senyap je. Dan baru-baru ini, sewaktu menerjah ke blog Junaidi aku terbaca isu yang hangat diperkatakan tetapi tak mendapat liputan meluas. Kenapa ye?

Haih, Palestin huru hara sebab persengketaan dua puak, Hamas dan Fatah yang menyebabkan campur tangan asing yakni Yahudi & Amerika. Tak kan U di Malaysia nak jadi macam itu juga? Nauzubillah.

Sila lah baca petikan di bawah bersama-sama.
Kuala Lumpur, 16 Jan - Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya gempar pagi ini apabila kepala seekor babi beserta bendera Pas dengan tulisan ‘PMI, PRO M, PAS’ dijumpai di dalam surau tersebut.



Kepala haiwan tersebut dianggarkan diletakkan oleh kumpulan yang tidak dikenali kira-kira pukul 5.00 pagi iaitu sebelum Subuh. Menurut jurucakap Pro Mahasiswa, saudara Shahir Abdul Aziz, beliau hairan sambil menimbulkan tanda tanya tentang kejadian ini apabila kepala babi berserta bendera Pas tersebut diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam.“Saya yakin ada pihak yang ingin menyatakan protes terhadap Pro Mahasiswa dan PMI (Persatuan Mahasiswa Islam).

Selain itu, timbul persoalan kenapa kejadian begini berlaku dalam musim PRK sekarang, malah surau Akademi Pengajian Islam menjadi tumpuan?,”ujar beliau sambil mengajukan tanda tanya.

Selain itu, presiden Pro Mahasiswa Nasional merangkap Pro Mahasiswa Universiti Malaya, saudara Norazali Zainuddin menyatakan kejadian ini mungkin disebabkan beberapa pihak yang tidak puas hati dengan tindakan Pro Mahasiswa dalam menyatakan pendirian dan pendedahan isu termasuk rasuah dan penyalahgunaan wang dalam politik kampus.“Saya yakin ada pihak yang rasa terkesan dan seperti mahu menutup mulut kami dalam menyatakan pendirian kami terhadap rasuah dan penyalahgunaan wang yang berleluasa dalam PRK sekarang,”ujar beliau.

Pilihanraya kampus kali disifatkan sebagai yang paling teruk dalam sejarah demokrasi kampus apabila berleluasanya politik wang dan penyalahgunaan kuasa oleh beberapa pihak dalam memenangi pilihanraya.

Isu rasuah TNC HEP yang dibawa oleh Pro Mahasiswa mendapat liputan dan respon panas dari pelbagai pihak. Ekoran dari isu ini, markas Pro Mahasiswa digeledah oleh pihak polis tanpa waran geledah dan komputer riba diambil. Malah pagi ini, kejadian kepala babi dijumpai di surau API menimbulkan tanda tanya.

Pihak polis masih meneruskan penyiasatan atas kes ini. -mahasiswakini


Kawan-kawan, jangan la kita bermusuhan sebab berlainan parti atau kelab. Jom sama-sama nyanyi lagu RASA SAYANG yeh...!!

9 ulasan:

  1. ntah la apa nak jadi...pasai politik..sanggup mempersendakan agama...

    BalasPadam
  2. Apa nak jadi la dgn manusia sekarang nih...ishk3

    BalasPadam
  3. zuris
    tak sangka ko seorang yg penyayang terhadap binatang. huhuhuhu

    13may
    itulah... politik bukan boleh bawa mati pun

    milo
    tak best jadi orang dewasa ni, asyik nak gaduh...

    BalasPadam
  4. sikit punye hal "org2 besar" pun "pengikut2" dier dah emo sampai sanggup wat camni...

    power betul politik sampai bleh wat tak kisah je pasal agama...kan?

    ehh...berita ni bukan ke dalam buletin utama semalam?

    BalasPadam
  5. dah takde mende lain nak letak agaknya...mintak2 sape yg letak babi tu,kena laknat ngan allah..

    BalasPadam
  6. heran betol aku..pasal politik pon nak bergaduh beria2..

    BalasPadam
  7. fulamalaKATAK... perghh.. tmpt suci tu.. Sia*lan.. mmg manusia jahil.. politik2 la.. yg duk msuk hal AGAMA sekali wat pe.. mengong

    BalasPadam
  8. la.. aku ingt bab kepala babi dlm surau ni jadi kat luar negara je. kat msia pun sama gak ke?? apa nk jd la ni...

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...