Cari Blog Ini

Selasa, 3 Februari 2009

Liku-liku kehidupan

Liku-liku kehidupan.

Itulah lah tajuk yang aku rasa amat sesuai untuk entry yang lepas. Terima kasih Kak Yong atas sugesstion itu. Dan terima kasih juga pengomen-pengomen yang lain.

Aku memang suka bergambar, dan mengambil gambar. Chenta, kawan-kawan yang lain ada yang sampai pelik dengan perangai aku ini. Pelik sangat ke? Mungkin juga sebab gambat nak masuk toilet yang pelik pun aku nak snap juga, gambar kerengga dekat pokok pun nak ambil. Mungkin pelik sebab aku menangkap gambar guna hp dan kamera kompak Nikon Coolpix milik Chenta itu saja. Nak beli SLR diluar kemampuan. Boleh tak kamera itu jadi barang hantaran perkahwinan atau tunang? Boleh ke?


****


Ini petikan kata-kata hikmat yang boleh kamu lihat di ruang atas dalam blog ini - "ORANG BIJAK BERKATA". Sekadar berkongsi.


Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya jangan engkau tinggalkan dia kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus. Manusia tidak sunyi daripada kesilapan.



Bersendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada duduk bersendirian.



Dosa yang paling keji terhadap rakan-rakan bukanlah kerana membenci mereka tetapi kerana kita bermuka-muka dengan mereka.



Tidak ada orang yang berjaya dalan keadaan dirinya tak pernah sedia untuk berjaya, kalau dia "berjaya" itu bukan kejayaan tapi kebetulan.



Memendam rasa, baik yang elok mahupun yang tidak semuanya pasti meletup.



Yang diperam pasti masak,yang direbus pasti mendidih, yang ditanak pasti menjadi bubur.


Any komen on red-bold-sentence?

5 ulasan:

  1. "Dosa yang paling keji terhadap rakan-rakan bukanlah kerana membenci mereka tetapi kerana kita bermuka-muka dengan mereka."

    Aku setuju sangat dengan phrase ni..kalau tak suka cakap jer la..nak bermuka2 apsal..belakang kutuk rapat..depan cam nak jilat tapak kaki..

    BalasPadam
  2. boleh ke SLR tu wat hntrn
    kenyit2 ar sket kat chenta mu tu
    hehehe...

    suka yg nie...
    "Memendam rasa, baik yang elok mahupun yang tidak semuanya pasti meletup."

    betul tu.
    saya setuju!

    BalasPadam
  3. manusiakan?? biasalah tu.. aku pun kaki kutuk orang.. tapi ada ke orang mulia sgt tak mengutuk orang..?

    tapi beb, aku kan mulut longkang.. aku tak suka, aku bedal je beb..

    BalasPadam
  4. patut la mulut u bau busuk syim...
    hahaha
    xper..kiter same2 mulut longkang..
    tp i suke kata2 hikmat yg ni,

    'Yang diperam pasti masak,yang direbus pasti mendidih, yang ditanak pasti menjadi bubur.'

    ingat tu syim.....susu lame2 leh jadi KEJU!!!!!
    jgn d peram lame2........

    BalasPadam
  5. wah...berfalsafah ko nok....
    tp mak ske je..sbb mulut mak pon cam mulut ko jugak (kalo org tu kaco idop mak la)

    erm...nok...lama x singgah...meh le singgah....jemput la masok....x kan x sudi kot..!! wakakaka

    http://www.rynn2506.com

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...