Instagram Shots

Khamis, 26 Februari 2009

Kecelaruan jantina Ver 1.0

Aku confius.

Bukan. Iya.

Mental?

Bukan juga. Iya kot? Entah!

Aku jarang buat pengakuan terbuka dan ekslusif. Kira siapa yang terbaca entry ini sudah tahu bahawa aku ada masalah dengan jantina.

To be exact and specifically, it's not only in term of gender we are talking about, I'm purposely want to talk about my split identity.

Semasa dalam kandungan-belum pasti
Abah atau mak teringin hendakkan anak lelaki. But it turned out to be me, which is obviously i got a woman's part. Tak best jadi anak sulung, perempuan pula tu.

Kanak-kanak ribena- kejantanan
Aku teringat lagi, masa darjah lima aku adalah seorang yang amat berkulit hitam kerana berjemur di tengah panas; selain kegiatan kokurikulum di sekolah, aku juga suka mengayuh basikal dan panjat pokok bersama kawan-kawan. Aku pernah saja-saja terjun berulang kali dari balkoni rumah 2 tingkat bersama adik-adik lelaki ku yang lain. Nak tunjuk siapa lagi terer.

Alam sekolah menengah - keperempuanan
Aku pelajar bermasalah. Kena pelempang dan soal siasat sebab kaler rambut dan kecapoian mulutku kerana me-laser terhadap guru. Padan muka kan? Aku juga telah menambah tindik telinga kepada 2 lubang pada setiap telinga. Ketika itu aku sudah pandai mengalter keningku serupa nyonya tua pasar pagi. Masa ini dah gatai nak berboifren. Tapi malangnya aku ditackel oleh seorang pengkid di stesen bas.

Alam remaja di U - 50% perempuan 50% tidak pasti
Ketika ini aku berikrar untuk menjadi wanita ayu pujaan lelaki seperti heroin dalam novel. Oleh kerana gaya aku pada masa itu belum meletop seperti sekarang maka tiada lelaki yang mengidamkan aku. Langsung berlaku kecelaruan, sama ada untuk bersikap tomboy-ish atau girlish. Sebab masa itu juga budak-budak engine mana ada vogue sangat pun.

Zaman ditemukan Boifren hansuang pertama
Kalau dulu aku pakai bedak baby semata-mata, tapi aku dah pandai pakai krim Safi sebagai UV protectant atenya. Aku masih mengekal elemen-elemen Islamiah kerana aku amat naive ketika itu. Bertudung dan berbaju besar gabak.

Tahun makan tahun, akhirnya aku tertanya-tanya, "Aku nak jadi apa dan siapa sebenarnya?"

Siapa boleh jawab?