Cari Blog Ini

Khamis, 19 Mac 2009

Doktor mengugut?

Hari ini hari last mc setelah doktor Hospital Tg Karang bagi dua minggu untuk berehat. Walaupun kaki aku dah susut bengkaknya dan walaupun aku boleh berjalan sikit-sikit tapi di pergelangan kaki aku tidak menunjukkan sebarang petanda ingin baik.

Demi mengambil langkah berjaga-jaga aku telah ke Hospital Johor Bahru untuk membuat pemeriksaan susulan. Doktor cakap melihat daripada bengkak di kaki aku ni, nampaknya aku tak boleh lagi berjalan seperti biasa dan tak boleh memakai high heel lagi.

Aduh! Aku dah terbayang-bayang aku bakal berjalan ke pejabat dengan jalan terhenjut-henjut. Time kahwin nanti masa berarak jalan macam nenek kebayan... Owh! Tak sanggup. Aku taknak jadi Suster Ngesot.

Aku degil. Doktor pesan berehat sepenuhnya, tapi aku naik turun tangga. Rumah keluarga aku dua tingkat, nak makan kena turun melalui tangga juga. Gediklah kan kalau nak berhidang makan kat katil.

Doktor perempuan itu bersuara dalam bahasa campuran "You are not properly rest. I'll give you 5 days more-MC....bla...bla...bla... but you have to come on Monday, i will check your kaki. ...bla...bla...bla... kalau tak baik juga kaki, i buat you kena admit di wad."

OMG!! What the....?

Ayah aku percaya dengan tidak memanja-manjakan sakit ni, kaki aku akan cepat sembuh. Tapi apa yang dah jadi? Ayah aku suruh mengurut, tapi hari itu doktor tak bagi. Aku percaya perubatan moden dan perubatan tradisional sama-sama bagus.

Dah dua minggu kaki aku masih bengkak di buku lali, apa yang harus aku buat sekarang??




Aku nak pakai kasut tumit tinggi balik!!!!

6 ulasan:

  1. kak su, sy taku nak pergi mengurut... mesti sakit punyalah... :'( kat area sabak bernam ada orang boleh mengurut tak kak??

    BalasPadam
  2. owh... punca terpeleot ni sebab sy tersadung masa tgh main pingpong. tak sangka sampai teruk macam ni..

    itu lah takut jg mengurut tmpt sebarangan.. nanti dia masuk kan ilmu.. lagi naya...

    thnx yer kak!! :)

    BalasPadam
  3. ko kata ko kesian tapi tak de pula nak ziarah aku... :'(

    BalasPadam
  4. jgn jeles... :-P hihihih

    sebenar bosan tahap rentung dh ni... :(

    BalasPadam
  5. sbb doktor cakap.. aku bukan terpeleot biasa, ni tendon atau ligamen yang koyak.. kalau urut lagi koyak lagi kata nya... minggu dpn la nak cari tukang urut rasanya 8-)

    BalasPadam
  6. hi, I recently created a free social journal at plurk.com and I want to share it with you.

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...