Sadiskan?
Tesco di tengah pekan kecil ini?
Inilah kenyataan. Dan aku adalah salah seorang pengunjung yang berduyun-duyun menyerbu ke sana pada hari pembukaan. Very-the-jakun-one.
Aku nak cari barang kering untuk rumah. Tapi ya ampun... Sesak!
Tipu. Aku ke sana tiada motif. Saja-saja nak meramaikan umat.
Sebagai reporter tak berlesen, korang mesti nak baca keadaan dan nak tengok suasana sepanjang hampir 1 jam setengah berada dalam situasi yang amat conjested seolah-olah seperti konsert Dato Siti.
Zasss! Jom layan gambar.
Nak access ke parking space punyalah azab. Tak semena-mena jam. Gilosh! Bukan tak ada parking. Tapi laluan entrance kena block macamana entah, langsung berlakunya kesesakan. Masa ni aku dah ada feeling Kuala Lumpur, iyolah Kuala Selangor mana ada sebab nak jam kan?
Queue punya queue rasa macam lambat pula. Timbul satu idea aku masuk laluan yang sepatutnya access untuk keluar sahaja. No entry. Akulah mastermind. Akhirnya dapat parking. Cara tak?
Polis pun stanby. Agak-agak ada rusuhan diorang masuk.
Kiri kanan manusia. Tergesel sini, teraba sana. Bau tak boleh nak cakaplah. Ada bau tengin. Ada bau Gucci tiruan. Macam-macam ada. Yang sorong troli pun ada, yang buat sesi jejak kasih ada, yang bergaduh tengah-tengah jalan pun ada. Mengong.
Dari aku merasa nak membeli belah di sini, langsung tak bernafsu. Yang beratur dekat kaunter berderet-deret. Aku bajet sampai penghujung masa mesti ramai yang tinggalkan troli macam tu saja sebab dah give up nak beratur. Letih tu.
Yang best, ada butik baju kurung/kebaya yang cantik dan murah sangat. Dari saiz XS sampailah XXXXXXXL. Ada kedai kek King Confectionery. Tak habis survey lagi.
Jalan punya jalan aku tak sedar dah terpisah dengan 2 orang housemate aku. As tak ada sebab dia balik Penang. Aku tak larat nak tunggu. Masa nak keluar jumpa pula kawan pejabat. Lepak dengan diorang dekat foodcourt sementara nak tunggu budak 2 ekor itu.
Acara belum tamat.
Aku kelaparan yang amat. Order sizzling mee, habis ok? Order bihun sup. Sangat menyayat hati bila bihun sup aku itu cuma diletak 3 hiris fish cake dan sup serupa air garam. Aku tapau dan ajak mereka makan di kedai mamak setelah 2 budak itu selesai shopping.
Tamat sudah pengembaraan aku bersama
P/s: Aku gembira sebenarnya. Atleast adanya Tesco walaupun kecik tak adalah mati pekan ini. Boleh window sopping dikala ting-tong.
ahaks...dasat tul keadaan kat tesco tu ek...
BalasPadamhehehehe
syima, mak aku ckp tesco kuala selangor tak best dan agak mahal...ape komen ko..????
BalasPadamruffemo
BalasPadammacamana tak dahsyat, itu lah satu2nya pasaraya yang besar...huhuhuhuh. ramai la jakun termasuk akak ni mencari barang atau cuci mata
missing cat
alamak, itu aku tak dapat nak jawab. sbb aku bukan selalu beli barang kering mahupun basah. janji harga barang itu lebih reasonable dari kedai runcit bodo2 kat sini.