Cari Blog Ini

Jumaat, 10 April 2009

Relakan perpisahan sementara ini

Sayang, bukan maksudku membiarkan kau bersendirian.
.
.
.
Sejak dua menjak ini, hidup aku agak merumitkan -dilanda masalah dan caca merba sedikit. Apa yang aku buat serba tak kena. Aku tidur awal, tak boleh nak fokus sesuatu dengan baik, apatah lagi nak menelaah. Selalu saja aku berasa pening dan mata berpinar-pinar. Itu sebab aku buat pengumuman untuk menghilang selama sebulan lebih.

Nyanyuk. Mungkin itu panggilan yang amat sempurna untuk aku di saat ini.


Hari ini aku ada temujanji (10am), kena pergi mengurut kaki yang tempatnya tidak jauh dari pejabat aku. Min_ena menawarkan diri untuk menemani aku. Segala proses ketika mengurut berjalan dengan lancarnya. Selapas 30minit treatment, kami pulang ke pejabat.

Min_ena mendapat pelepasan untuk balik awal ke Melaka atas urusan keluarga. Aku menyambung kerja aku semula. Hari Jumaatkan masa kerjanya singkat? Dalam pukul 12.15tgh, aku berhasrat untuk balik ke rumah sewa ku.

DAN aku lupa kunci kereta aku tertinggal di atas dashboard kereta Min_ena!

Aku dah kelam kabut. Secara tergesa-gesa aku menelefon min_ena, dia juga menjerit terkejut bila mendapati kunci keretaku masih berada di dalam keretanya yang pada ketika itu dia dah sampai ke laluan lebuhraya di Putrajaya. Arrggggghhhh! Aku bertambah kusut.

My mind puzzled.

Hari Sabtu aku ada discussion di KL.
Kunci rumah aku dalam kereta.
Esok aku kena pergi mengurut lagi.
Kereta aku akan berpanas di bawah terik cahaya matahari.
Owh! Tidak!


Takkan nak suruh si Min_ena patah balik sedangkan dia lagi sejam lebih nak sampai Melaka? Jarak Putrajaya - Kuala Selangor bukannya dekat. Aku bukan seorang yang kejam.

Aku boleh batalkan semua temujanji aku yang lain, tapi kereta aku?? Aku TERPAKSA merelakan kereta aku berpanas begitu walaupun pedih hati ini melihat. Oh! Tuhan, lindungilah keselamatan beliau. Aku perlukan bantuan guard keselamatan untuk memantau beliau.




Relakan perpisahan ini. Sementara saja sayang. Setelah mendapat kunci pada Isnin ini nanti aku berjanji akan menghantar kamu ke carwash bermain air dan buih. Aku berjanji akan membawa kamu berjumpa dengan doktor tayar untuk menghilangkan bunyi cencorot pada absorber kamu. Aku akan menjaga kamu sebaik-baiknya duduk berteduh dibawah awning rumah.

The end.



Syimalicious: Walaupun kusut, aku kena berjuang juga. Kembali kepada mode meditasi.

14 ulasan:

  1. kesian gile itu kereta...
    mesti dier tengah nangis2 kene tinggal kat opis....

    BalasPadam
  2. lebih afdhal kalau belanja kereta tu makan aiskrim..tapi sebab kereta tak boleh makan, biar saya gantikan tempat beliau hahaha

    BalasPadam
  3. aslina
    i rasa i dengarlah dia menangis, dia takut petir. kesian dia kena hujan... huhuhu i sedih!!


    cintacukulet
    belanja eskrem?? tp dia lebih suka pizza...heheheh

    BalasPadam
  4. oh sian nyer akan kereta mu itu...dush dush diri sendiri kerana perpisahana sementara itu eh...

    BalasPadam
  5. Adeh...cian nya...kaki masih sakit ke?

    BalasPadam
  6. hihi alor.. sorang lagi sayang kan laki nya hehe camer la macam aku huhu

    BalasPadam
  7. pergi thai nak urut2 kaki
    tapi x tercapai
    sebab takot sakit

    BalasPadam
  8. wehh...itu Waja sudah bertukar kaler kew?
    xyah berpisah sangatlah...hehe

    BalasPadam
  9. riez
    aku tak boleh dush dush diri sendiri, apakata ko je yg dush dush aku. aku redha.


    ara
    kaki kalau dah simpan 4 minggu tak berurut, urat dah masuk angin lah.. ni tgh proses nak betul kan urat, kang tak boleh pakai kasut tinggi.


    siti murni
    tp i dah suspen kete i kat sana sorang-sorang... sihat ke? ada orang kacau ke? ish...


    pak chu
    itulah somi pertama aku pak chu... aku risau kat dia ni... harap2 tak de pa pe la dia kat sana....

    BalasPadam
  10. joegrimjoe
    wwooooh! aku pernah tengok video mengurut versi thai, ngeri siot.. boleh patah kaki... ko nak try beb?


    luzirah
    yer... my waja bertukar wajah oredi. ini perpisahan sementara yang terpaksa rela ni...

    BalasPadam
  11. haha....syim..min_ena itu mendapat perlepasan awl dr sape?siapakah org yg bertanggungjwb melepaskan beliau awl???n 1 lg yg menimbulkan kekusutan...sejak bila awk nih menjadi seorg yg amat menyayangi kereta?????????adakah anda telah berubah???????

    BalasPadam
  12. Nemo
    Bukan akak nak makan semut tu, dorang yang masuk dalam mulut akak... nak tak nak kena telan jugak la...hehehe


    @ndaiBu/anbErbic@ra
    amboi...
    tersedak sy baca komen ni. Awak nak jadi salah seorang lalat ke?? provoke nampak?? Sejak bila sy syg kete? Sejak hati sy tiada lagi untuk lelaki... huahuahua

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...