Instagram Shots

Isnin, 11 Mei 2009

Adakah kau merinduiku sepertimana aku merinduimu?

Sayang... Sungguh lama kita tidak bersua. Adakah kau merindui kehadiranku? Katakan padaku tentang perasaanmu. Aku tahu rindu dendammu membara kerana ingin...

.
.
.
.

mendengar ku ungkapkan BABI...
...bahasa carutan yang sinonim denganku. Hahahaha!
Ampunkan segala tatabahasaku.

*Sila pastikan juga kanak-kanak dibawah umur untuk tidak membaca blog ini kerana kandungan blog ini tidak sesuai untuk proses tumbesaran mereka.

****

Yeay!! Akhirnya aku berjaya menempuhi ranjau serta onak berduri sepanjang April dan awal Mei ini.

Sudah ku usaha sehabis baik untuk mencubakan diri ke pusingan seterusnya semester depan. Tawakal saja. Sekiranya gagal, aku akan terus berkahwin. Wah! Statement tak boleh blah.

Tapi aku tetap tak boleh relax-relax juga, ada beberapa perkara penting bakal aku hadapi nanti. Haih... kadang-kadang boring hidup sebagai orang dewasa ini.

Sebenarnya, mode blogging aku belum sampai, marilah beramai-ramai menyeru "roh rajin" aku yang dulu bagi menggandakan kekerapan posting untuk tatapan korang.

Tak lupa juga kepada para ibu, ibu ayam, ibu Muryati, ibu negeri, ibu pesawat, ibu pertiwi, dll diucapkan Selamat Hari Ibu.



Eh... pembaca ku sekelian,
Apa pendapat korang sekiranya aku mengenengahkan imej begini?? Sila komen...



Syimalicious: Boleh sebut babi lagi ke kalau pakai gini?

#ArianiHijabRun2016

Achievement baru?!! Eh tak juga. Acara larian tanpa suami. Gigih nak dapat shawl percuma masa register aritu, tapi bila tengok bib dah nom...