Hari ini dalam tempoh tiga tahun aku rasa betul-betul mencabar kewibawaan aku sebagai penjawat awam. Dalam menjalankan tugas yang diamanahkan dan seiring Ops Trader arahan dari ibupejabat, aku bergerak secara berkumpulan ke premis-premis yang berkaitan. Pemeriksaan berkala ini memang akan dibuat setiap tahun.
Untuk mereka yang tak tahu, Ops Trader ialah operasi untuk membenteras salahlaku dalam hire-purchase agreement. Pernah tak korang berdepan dengan situasi tatkala korang nak membeli kereta, motor, membuat loan, membeli perabot secara ansuran dan korang diberi borang kosong untuk ditandatangan? Pernah tak?
Inilah sebahagian tugas aku untuk menjamin kesejahteraan pengguna. Ramai yang tak aware dengan akta ini. Kalau rajin sila kaji Akta Sewa Beli 1967 sendiri. Even aku sendiri pun tak pernah tahu kesalahan menandatangani borang perjanjian kosong sewaktu aku membeli Hamster aku dulu. Masa itu aku belum kerja dengan goverment lagi.
Sebenarnya kalau tak ada provokasi dari pihak yang lagi satu kita memang akan buat kerja secara berhemah. Tapi bila disergah, menyinga tak tentu pasal, darah muda aku pun secara otomatik akan turut menggelegak. Pantang aku bila kita cakap baik-baik pihak lagi satu meroyan semacam. Memang susah untuk berurusan dengan mereka yang sebegini. Bukan tak educated tetapi sengaja treat kita macam bajingan.
Yang aku heran, mereka ini mengaku tak cerdik, tak pandai dalam bab-bab begini tapi tahu pula mereka manipulasi pengguna/pelanggan dan kira untung rugi. Semua alasan-alasan itu terlalu biasa bagi aku. Ada pula tu yang buat-buat tak reti cakap bahasa melayu. Penat!
Ketika aku hendak memeriksa semua dokumen hire-purchase di kedai tersebut, terselit satu agreement kosong yang telah ditandatangani. Aku minta semua dokumen yang serupa untuk spot check. Aku dan Cik Minah memberitahu tentang kesalahan yang dia dah buat. Tuan kedai cakap "Kasi settle sajalah..."
Ketika itu aku bersama seorang pegawai berbangsa cina, jadinya tuan kedai ni bercakap sesuatu dalam bahasa cina.
"Saya sedang bekerja. Saya cuma bercakap dalam bahasa melayu."
Aku respect integriti pegawai seorang ini. Disebabkan tak nak menimbulkan fitnah dan keraguan dia bercakap dalam bahasa melayu walaupun dia juga seorang cina. Lepas itu bini tuan kedai mengamuk "Dia bukan cina, dia melayu. Dia tak makan babi. Tak tau cakap cina".
Aku memegang dokumen yang satu itu, berlakulah aksi perebutan antara aku dan si tuan kedai. Masa tu takut siot! Walaupun tuan kedai itu kemetot, namun kudrat dia mampu untuk membuat rahang aku lari dari kedudukan sebenar. Jadi aku terpaksa beralah. Cik Minah terus membuat panggilan telefon meminta bantuan dari kumpulan yang lain.
Semasa menunggu bantuan tiba, bini si tuan kedai memeriksa dan mengambil semua dokumen perjanjian yang kosong tetapi bertandatangan itu untuk dikoyak. Dia memberontak, menendang-nendang kerusi dan menghalau kami keluar dari premis mereka. Memang sialan!!
Kecoh siot. Cik Minah dah terketar-ketar, bukan takut tapi menahan kemarahan. Mereka mempertikaikan kuasa kitorang untuk masuk ke kedai mereka. Cis! Siap ugut nak panggil polis. Perkataan cibai, lancau keluar dari mulut si bini itu. Ingat aku tak tahu kau mencarut?
Time bantuan datang bersama ketibaan seorang wakil polis, ada sedikit reda namum si bini tetap tak mahu bagi kerjasama. Datang bapa kepada bini tuan kedai tersebut menceritakan si bini ini ada masalah mental. Wooooo... kami berperang dengan orang sakit mental, patutlah!!
Kesengajaan membuat grafik ini tidak stabil adalah kerana untuk melindungi wajah-wajah mereka yang terlibat.
Ini sebahagian videoklip aksi tengahari tadi. Ia telah ditapis oleh Finas. Beberapa klip video telah dipotong kerana pengakuan terbuka tuan kedai mengaku biasa memberi sogokan kepada polis. Patutlah tak takut polis, kan? Chop! Aku pun tak clean 100% pun. Nobody perfect!
Syimalicious: Aku dah penat mengarang, cerita tak habis lagi. Tapi mata sudah mengantuk. Agak-agak kalau panggil Wonderpet yang tiga ekor tu, mereka boleh selesaikan kes amukan tadi?
Hahahaha :)) Mental rupanya... =p
BalasPadamErrmm.. rsnya nilah 1st time ko expose agak detail pasal kerja ko kan? :D
Apapun, selamat bekerja =)
huhu..berani sungguh...
BalasPadamhaha..sgt kelakar muka si mental tu masa adengan koyak2.
BalasPadamBagus ko amik video..tu leh jadi bukti nnt kalau nak kena dakwa ke apa..
BalasPadamAda bagus gak ko belajar bahasa cina..tapi aku 'suspek' aa ko..dalam byk2 perkataan cina tu ko khatam bab carutan dulu..hahahaha..
wonderpet2 kami datang...huhuhu
BalasPadamermm kes ni wonderpet pun tak berani tolong..ya lah diorang kan kecik2 aje..sekali kena lenyek kan ke haru hahaaa
BalasPadamTny
BalasPadamini baru sikit-sikit anak punya detail.. orang lain lagi mencabar keje dorang... huhu
Mr M
Tak adalah berani sangat... berlakon je lebih... ada bakat masuk anak wayang tak??
i hate lolipop
tapi sangat tak kelakar bila dia marah-marah tendang kerusi
iza
yang ko tengok baru sikit tu... ko tak tengok masa dia berebut paper yang aku rampas tu.. lagi dahsyat...
riez
malangnya, wonderpet tak dapat pun time tu... tak sempat kol depa...
cintacukelet
ha'ah kalau dah kena lenyek, dah tak de cerita tu kat tv.. abih royalti wonderpet....
seyes tendang kerusi? meragam tak cukup tido kot?..hahak.
BalasPadamwonder pet kalau pergi tolong, sure gagal and tak dpt nak raikan dgn daun saderi.*lol
hahahhaha, slambe gado ngan pesakit mental..nsb baik dia x apa2kn ko syima, kalo x sape susah??
BalasPadamko gak ar ssh, pastu xde org nak update blog ko.huk huk,sob sob..
wah ko ni mmg seorang pegawai kerajaan yang telus dan amanah ar..
syukur..keep up de gud work;)
bukan saje anak wayang..bapak segala wayang pun boleh...
BalasPadamklu setakat panggil wonderpet..walaupun mereka xkuat n mereka xbesar..sekali kena lanyak ngan mental tu..bkecai sekor2....
BalasPadamhhmmm
BalasPadamye..dah pernah sign borang kosong
masa beli kete
masa buat loan tu
abis tu...kalau tak sign katanya lambat lah, apa lah
sign je lah
hmmm...maka??
i hate lolipop
BalasPadamagaknya la... sbb taim kitorang datang tu.. Ah So tu sememeh tak basuh muka, air liur basi pun tak cuci.. tu yang meragam tu... hahahha
aizat
ok la.. lepas ni aku keja baik2.. tak mo gaduh2, kang kalau aku kena pelangkung aku tak boleh update blog.. yg susah nanti ko la.. sbb takleh baca blog aku... muahahahah
Mr M
kesian pulak kalau wonderpet berkecai kena lenyek pompuan mental tu... ok lah.. tak mo libatkan diaorang...
dayu
lepas ni kalau ko nak beli2 apa2 yg menggunakan agreement macam ni ko berkeras juga jgn sign atas borang kosong... ugut dorang nak repot kpdn..
ayokkk...dasat ah deal ngan pesakit mental...huhu...ai pun takut...
BalasPadamaslina
BalasPadamsakit mental macam dia boleh sumbat masuk hospital gila.. kalau sakit mental sebab stady tak lulus??? uuwwwaa!!!