Instagram Shots

Selasa, 19 Mei 2009

When I'm MAD, feed ME!

Dek kerana emosi agak terganggu petang tadi, seseorang telah membawa aku ke suatu tempat yang biasa menjadi kunjungan kami ketika awal percintaan persahabatan dua tahun yang lepas.

Ok, tipu...

Sebenarnya tempat itu memang menjadi saksi percintaan medan santapan untuk memuaskan nafsu perut kami.

Lama bangat aku tak mengungjungi seafood masakan melayu. Acapkali menjadikan seafood masakan cina sebagai alas perut di kala kemewahan melanda. Hahaha! Ini antara apa yang aku makan di Aroma Ikan Bakar, Jeram tadi.

Venue: Aroma Ikan Bakar, Jeram





Aku tak berapa suka singgah sini sebab merasakan charge dia mahal, tapi lain pula pendapat BFF aku, dia kata sini agak reasonable harganya.

Masa order tadi rasa macam sikit je, tapi bila dah terhidang... macam empat orang makan. Tapi perut kami kali ini agak terer untuk melicinkan semua makanan. See!!



Beginilah rupa orang kenyang. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut bertambah gendut.


Syimalicious: Alamak, lupa nak jemput korang semua makan.