Cari Blog Ini

Khamis, 9 Julai 2009

Gambar gadis rempit posing ayu dan cubaan untuk menahan beliau dalam gerimis malam yang sejuk

Ayu tak?



Now i know, why people love to take picture from this kind of sight view... nampak KURUS kan...? Hahahaha sekarang aku sudah pasti, perbuatan mereka yang suka nak tangkap gambar dari atas adalah kerana untuk menutup kekurangan diri kerana lebihan lemak. Bajet kiut kah?

Ayu la sangat....? Uweek! Aku sebenarnya teruja nak bergambar dalam keadaan ber-helmet. Nak sesaja pakai helmet untuk tangkap gambar tak ada kerja la namanya. Lagi gila kalau pakai helmet bawa kereta, bukan dekat Litar Sepang nak buat macam tu kan? Ini Kuala Selangor.

.

Alkisah, suatu malam yang hening aku telah mengajak housemate aku untuk bersiar-siar dan menjamu selera dengan menaiki motor LC merah adikku yang tersadai di depan rumah.

Sebenarnya malam itu malam perjumpaan makan-makan kecilan yang diadakan oleh keluarga angkat BFF aku, kebetulan pula hari itu juga ialah harijadi housemate aku, alang-alang kita sekalikan.

Setelah mengucapkan Alhamdullilah kerana rezeki yang disaji, kami berhasrat untuk pulang. Malangnya hujan mencemburui kami lalu turunlah ia tidak seberapa lebat. Kami sabar menanti sambil melayan karenah budak-budak kecil yang sangat capoi mulutnya.

Akhirnya sebulat suara kami berhasrat untuk meredah hujan yang renyai-renyai itu. Ya ampun, hujan yang seperti cat & dog itu membasahi kami dan menyebabkan aku menggeletar kesejukan.

Sampai di selekoh untuk memasuki taman perumahan kami, ada sebuah kereta sangat memperlahankan kelajuannya. Aku fikir BFF yang gatal mengagah kami. Setelah kereta itu melepasi baru aku perasan bahawasanya kereta itu ialah milik polis.

Semasa memberhentikan motor untuk masuk ke simpang, bapak-bapak polisi yang berada dalam kereta itu menyoal dan menyuluh kami dengan lampu suluh. (versi dialog telah diolah semula)

Polis: Nak pergi mana?
Aku: Balik rumah la.
Polis: Ni motor siapa?
Aku: Adik saya punya. Kenapa?
Polis: Plat Johor?
Aku: Saya orang Johor la!
Polis: Tinggal mana ni?Aku: Taman bla...bla...bla...

Kemudian tanpa ada rasa bersalah mereka blah begitu sahaja.
Persoalan di sini ialah:-

  • Adakah aku suspek kepada kecurian motorsikal?

  • Atau,

  • Mereka merancang untuk mencuri motorsikal adik aku?

  • Atau,

  • Mereka ingin mencari peluang untuk meng-pow duit aku?






  • Syimalicious: Tapi sebenarnya aku patut bersyukur kerana pada ketika itu aku tak bawa satu kad pengenalan diri atau lesen memandu pun. Kalau tidak, naya je kena saman.

    11 ulasan:

    1. hahahah...comel2..oh rindu kamoo...

      BalasPadam
    2. nok..hambek la award tu kalo ko nak...
      mak x kisah!!!

      cumel juga muke ko pakai helmet nok..ade gaya pemimpin rempit sejati!!wakaakaka

      BalasPadam
    3. hahaha~
      anda sgt chumel syg~

      ^_^

      aku juga merempit setiap hari..=)

      BalasPadam
    4. nasib baik ko tak sempat nak merempit
      :P

      BalasPadam
    5. haahahaha....nampak sumel jer...dat angel actually bagi kadar perspective yang hebat....nampak dead point tu jauh....
      hahaha...trick...

      seb baik u tak kene saman...huhu..kalau tak melayang doit

      BalasPadam
    6. ha`ah....polis tu tah apape...dah la men suluh2...nget betul~~!!

      akak...tolong la jangan tangkap gambar wat muke camtu...saye teringat kat..."tutt"...dan rase cam sangat celake sebab cari gado sama saya...kui3x!!

      BalasPadam
    7. pernah gak kena tahan ngan polis..siap tnya "ramai2 anak dara ni nak gi mana"..pastu leh plak nk join kami gi makan.cacat ke hapa polis mcm ni...aih~

      BalasPadam
    8. kiter rase diorg tahan awk sbb ingat awk culik anak org kot.....(merujuk kepada as yg berbadan comel itu)

      BalasPadam

    Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

    Salam Kenal

    Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...