Instagram Shots

Selasa, 29 September 2009

Dude hilang tempat bermanja

Aku tak pernah cerita pasal Dude selama ni. Dude bukan boyfren baru aku. Dude ialah anak angkat keluarga kami.

Dude bosan. Asyik tidur saja kerja dia.

Dulu Dude ada kawan. Nama dia Hitam. Mereka selalu ke sana ke sini bersama-sama. Kami sekeluarga agak konfius sebabnya Dude dan Hitam ini sama-sama jantan. Tapi cara pergaulan mereka sangat dramatik dan romantis. Selalu melihat mereka bertepuk tampar.

Suatu hari Hitam buat perangai. Kencing merata dalam rumah tuannya. Apa lagi, tuan rumah terus zasss Hitam dari rumah mereka. Kesian tengok Dude, macam orang putus cinta. Lemah sahaja. Macam aku sekarang.

Aku buli dia pun dia buat tak reti.


Ingat tak dinochor juling ini?


Ling (Juling)... kita kawan nak?? I lonely....



#ArianiHijabRun2016

Achievement baru?!! Eh tak juga. Acara larian tanpa suami. Gigih nak dapat shawl percuma masa register aritu, tapi bila tengok bib dah nom...