Cari Blog Ini

Selasa, 22 September 2009

Ramai ke yang masih bercuti raya?

Hari Raya ke - 3

Aku sedang mengibarkan bendera jepun.
Patutlah emosi penuh amarah semalam.

Log in blogspot. Dalam dashboard - blog reading list aku macam slow je update. Yang selalu ber-update cuma blog-blog politik. Orang lain masih sakan beraya ke?

Dah masuk hari ke tiga ni, aku dah hilang mood nak beraya. Baju raya beli hari itu pun tak pakai lagi. Nama nak pergi ziarah jiran sebelah tak mahu. Nak balik kampung pun malas. Aku hasut mak ayah aku supaya duduk rumah sahaja.

3 hari ni asyik masak, makan, masak, makan. Hari raya yang pertama masak kuah kacang isi ayam. Hari raya ke dua masak kuah soto. Hari ini masak kuah lontong. Esok tak tahu nak masak apa pula.

Semalam buat kek. Bentan. 2 kek pula tu. Keliling kek hangit. Bahagian tengah kek sahaja yang ok pun, tapi tak moisture. Hari ini buat lagi kek, dah masak cantik tapi aku lupa bubuh esen vanila. Matilah bau hanyir telur.

Awat lah sengal hari ni??


3 ulasan:

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...