Cari Blog Ini

Jumaat, 16 Oktober 2009

Bergusti dalam lumpur

Setiap Jumaat, time rehat macam ni selalunya orang (yang kerja gomen la) balik tidur ke, atau pergi cuci mata tengok kain dan macam-macam lagi.

Hari ini aku temankan my officemate pergi ambil baju tempahan dia yang jauh dalam pedalaman Tg Karang. Kiri kanan sawah terbentang. Sangat mendamaikan hati aku yang kian bercelaru.

Setelah selesai urusan pembayaran, masing-masing dah masuk kereta, kawan aku ni reverse kereta macam biasa. Aku dah terpandang kakak tukang jahit tu buat signal tangan. Aku bajet kawan aku ini nampak.

Sekali... zeeeeesssssss! Bunyi macam tayar berpusing dalam lumpur. Turun power window, sahlah tayar kiri (bahagian penumpang) dah tenggelam dalam lumpur. Kami dah panik. Kawan aku ni pun keluarlah cari kayu nak sendal pada tayar. Nak tiru dalam iklan kopi Radix yang pajero terlekat di anak sungai tu. Aku ingat sebelah je yang tenggelam, rupanya kedua-dua belah tayar tu memang dah masuk dalam lumpur.



Tak boleh juga. Aku dalam kereta take over untuk main gear kereta. Kakak tukang jahit panggil suaminya. Macam-macam usaha dah buat. Sendal kayu, korek lumpur. Semua gagal. Akhirnya aku pun turun dari kereta. Mereka ramai-ramai tolak kereta dari belakang. Push! Push! (dah rupa gaya nak beranak) Dalam cubaan tolakan ke enam baru kereta tu berjaya keluar dari lumpur.


Masa dalam usaha nak me-reverse kereta, dan mereka beramai-ramai tolak kereta dari depan, kawan aku ni kena splash lumpur habis ke baju dan tudung dia. Minta maaf la, tak sengaja. Huhuhu.

Kita kena bergambar dulu sebelum meninggalkan tempat kejadian. Sebagai kenang-kenangan.

Dah berjaya keluar dari gelanggang bergusti tu, kawan aku cakap "Kadang-kadang best juga kalau jadi macam ni."






Syimalicious: Takkan berat aku punca kereta itu terkandas?

5 ulasan:

  1. salam syima

    wah best betullah pengalaman tu. Lagi best bila dapat percikkan lumpur kat baju diorang tu.. hehe (ishh jahatnya cikgu ni.. )

    BalasPadam
  2. pergh!

    cam kitorang kena raya pertama tahun lepas kak~

    sadis~

    BalasPadam
  3. berlumpur sgt nie.

    harusla terkandas.

    hehe

    BalasPadam
  4. sabor je la...
    tp sempat lg tu nak bergambar.. hahahahah

    BalasPadam
  5. seb baik kete khechil~
    kalo kete yg saiz die besa skit dari khechil...
    agak sukar kan..
    lori ke.. bas.. kete kebal..
    hahaha

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...