Cari Blog Ini

Khamis, 15 Oktober 2009

Masalah BIASA yang dialami oleh kebanyakan orang yang mengalami berat berlebihan

1) Anggota badan yang mengalami kadar metabolisma yang rendah. Apa yang dimaksudkan disini bila seseorang yang berlebihan berat badan akan sukar untuk melesapkan tenaga hasil dari makanan yang dihadamkannya disebabkan kadar pembakaran kalori yang rendah. Biasanya seorang yang kurus mempunyai kadar pembakaran kalori yang tinggi. Ini merupakan antara sebab kenapa kebanyakan usaha untuk menguruskan berat badan anda yang akhirnya gagal.

2)Tahap selera yang tinggi atau keinginan untuk makan yang tidak terkawal. Jarang seseorang yang kurus memahami perkara ini. Biasanya seseorang yang berlebihan berat badan akan lebih terdorong untuk menjamu selera berbanding orang yang kurus.

3)Makan bila anda dalam emosi Marah. Seseorang yang berlebihan berat badan juga dikaitkan dengan "emotional eating or craving". Kemungkinan kadar pengambilan makanan terlampau. Makan untuk mengisi keperluan emosi yang pada asasnya fisikal tidak lapar.

Wujud faktor lain yang menyebabkan kegemukan seperti faktor genetik tetapi ianya bukan sebab utama menyebabkan kegemukan. Diantara faktor lain patut dihindari oleh kita ialah terdapat makanan tertentu yang menyebabkan berat badan kita meningkat dengan cepat.

*kredit to easy2slim4u.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...